Flora, pokok, Resipi, Ulam

Pucuk Beluntas di belakang rumah

 

Mula2 kenal pokok ni semasa zaman kanak2, masa tu (arwah) mak dalam pantang. Ada seorang tok yg datang menungku mak. Dia bawa banyak daun ni hari2 utk dilapik/balut tungku. Saya tak tau nama daun ni ketika tu, dan saya pun (jenis pendiam), tak tanya pun kat tok tu nama pokok tu. Cuma saya cam(kenal) tang bau dia.

Bila dah berumahtangga, keluarga mentua pernah buat ulam daun ni. Masa tu baru saya tau yang daun ni ialah daun beluntas. Pokok beluntas banyak terdapat berdekatan kawasan2 paya bakau dan sungai.

Beberapa bulan yang lepas, adik minta cari pokok ni untuk ubat gout katanya. Kami pun ronda di kawasan2 sungai mencari beluntas ni. Alang2 dah jumpa, kami pun korek anak beluntas bawa balik. Mula tu tanam di tempat teduh, dia payah nak besar. Bila dah ubah ke tempat panas, baru tumbuh elok.

     ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ

Pucuk beluntas ni sedaap dibuat ulam.

Dah mula berbunga. The Indian marsh fleabane had started to bloom.

Bila cukup2 kering, bunga2 ni akan ditiup angin seperti bunga lalang dsb.

Berulam la untuk makan tengahari ni bersama budu kunyit (kali ni disediakan oleh en. suami).

    ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ

Resipi, Sambal

Budu kunyit

Bila dok baca tentang kebaikan kunyit,memang terasa sangat nak buat kunyit ni sebagai amalan pemakanan.Antara kebaikan kunyit ialah:

  • antibiotik semulajadi
  • mencegah kanser prostat
  • rawatan masalah kulit
  • mengubati batuk
  • nyahtoksik dalam hati
  • membersih darah
  • anti oksidan
  • mengurangkan risiko darah beku
  • mengurangkan kolesterol jahat
  • ………dan banyak lagil

After reading about the so many benefits of the turmeric,we are so called to make the turmeric as one of the good foods in our diet. Among the benefits of the turmeric :

  • natural antibiotic
  • prevents prostate cancer
  • treatment for skin disorders
  • cure cough
  • detoxify the liver
  • blood purifier
  • anti-oxidant
  • reduces the risk of blood clots
  • reduces bad cholesterol
  • ……. and many more

 Budu kunyit

  • Masukkan kunyit hidup dan cili padi ke dalam lesung. Put some fresh turmeric and some small chillies in a mortar.
  • Tumbuk hingga lumat. Pound until  fine. 
  • Masukkan budu dan perah sedikit air asam limau. Add in the fermented anchovies and squeeze in some lime juice.

Alhamdulillah….. the fermented anchovies can be served as a dip for salads. Alhamdulillah….. budu sedap dijadikan cicahan untuk bermacam ulam.