Ikan, Resipi

Sup kerapu

 

Posa2 ni makan jenis2 sup baik amat. 😋 Baik lagi kalau dapat ikan. Kita buat sup ikan.

Ikan kerapu

Ikan kerapu. Cuci bersih2 dan nak guna yg 5 ketul ni saja. Ekor dan ½ kepala tu bleh simpan utk masak kari pulak.

Sedikit tanghoon direndam.

  • Tumis hirisan bwg putih dan halia.
  • Masukkan 4 sekawan.
  • Bila bwg dan halia dah kuning, masukkan air secukupnya (agak2 bnyk mana sup yg kita mau)
  • Masukkan 1 biji bwg besar yg diblend. Biar hingga hilang bau bwg tu (utk pekat dan rasa manis )
  • Masukkan serbuk lada hitam (ikut rasa masing2) dan serbuk cukup rasa atau terus saja guna serbuk lada Ajishio. Garam secukupnya.
  • Bila sup dah didih, masukkan ikan. Bila dah masak, masukkan tanghoon. Biar sekejap, tutup api.
  • Masukkan hirisan btg daun sup dan btg daun bwg serta hirisan tomato. Kacau sikit.

Bila dihidang, tabur daun sup dan daun bwg serta bwg goreng.

Sup Kerapu

 

 

 

 

 

 

Ikan, Resipi

Sup tomato gerut-gerut

 

Ni species gerut-gerut juga. Ada belang-belang di sebelah atas badan dia.

ikan gerut-gerut

ikan gerut-gerut

Di bahagian penutup insang gerut-gerut terdapat semacam duri yg tajam.

Ekor jenis ‘forked’.

Gerut-gerut ni mempunyai sisik2 halus dan rapat.

Perlahan2 kikis sisik dengan alat pembersih sisik.

Terdapat kantung udara atau gelembung renang pada ikan gerut-gerut ni.

Cuci ikan dan kerat dua setiap ekor. Untuk sup tomato ni kami guna dua ekor ikan saja. Dapatkan resepi di sini.

 

Sup tomato gerut-gerut

الحمد للَّه