Resipi, Sambal

14 Romadhon 1435H

Petai termasuk dalam golongan buah-buahan  yang bermusim di Malaysia dan negara2 yang seiklim.Bila nampak adanya durian,rambutan,manggis dll. dijual di tepi2 jalan, nanti lah petai pula.

Parkia speciosa

Arwah mak (Chinese Muslim) pernah bagi tau yang orang Cina panggil petai ‘chau tau’ bermakna kacang busuk.

 

Sambal petai tempoyak

  • Perisi petai.Remove the seeds from the pods.
  • Ada orang suka makan dengan kulit,katanya ubat. There’re those who like to have the ‘petai’ taken together with the pods intact, for medicinal purposes.

  • 1~2 genggam cili kering dibuang biji dan direbus hingga kembang.Mesin hingga lumat. 1~2 handfuls of dried chillies, remove seeds and boil til softened.
  • Sediakan udang hidup. Have some fresh prawns.
  • Tempoyak (orang utara panggil asam durian). Fermented (sour) durian.

  • Tumis 5 biji bawang putih dalam minyak panas hingga kuning keemasan. Fry 5 pips of garlic in hot cooking oil til golden brown.
  • Masukkan cili mesin.  Add in the blended dried chillies. 
  • Goreng hingga cili betul2 masak. Fry til aromatic and the chillies are thoroughly cooked.
  • Tambah air dan masukkan petai. Add water and ‘petai’.

  • Tutup kuali dan biar petai empuk (sesetengah orang sukakan petai yang separuh masak). Cover the wok and let the ‘petai’ softened (some may like it half cooked).
  • Tambah air jika perlu untuk melembutkan lagi petai. Add more water if required to soften the beans further.
  • Masukkan 3~5 cb. tempoyak.Masak sebentar dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Add in 3~5 tbsp of fermented durian.Cook for awhile and add in salt and sugar to taste.
  • Masukkan udang dan biar udang masak. Add in prawns and let it cooked.

                                 ٱﻟﺤَﻤْﺪُﻟﻠﻪ …….

 

 

makanan laut, Resipi

Sambal sotong kering

 

  • 250 g sotong kering. 250 g dried squids.
  • Rendam sotong kering dalam air (kalau nak kembang,biarkan lama dalam air,tetapi yg ni akan kurang masin,kena tambah garam dlm masakan). Soak the dried squids in water.

  • 1 1/2 genggam ~ 2 genggam cili kering dibuang biji dan direbus sebentar dan mesin hingga halus. 1 1/2 ~ 2 handfuls of dried chillies.Remove seeds and boil for awhile.Blend til very fine.
  • Tumis bawang putih di dalam kuali hingga kuning keemasan.
  • Fry chopped garlic in hot cooking oil til golden brown.
  • Masukkan cili kering mesin. Pour in the blended dried chillies.
  • Goreng hingga cili benar2 masak.(Kalau tak mau guna banyak minyak , tambah air sehingga cili benar2 masak). Fry til the chillies are thoroughly cooked.(If little oil is preferable,then we have to add more water til the chillies are properly cooked).

  • Sedikit asam jawa. A little tamarind.
  • Buatkan air asam jawa. Prepare the tamarind juice.
  • Masukkan air asam jawa. Add in the tamarind juice.
  • Kacau hingga kering. Stir til gravy thickens up.

  • Masukkan sotong dan tambah sedikit air. Add in the dried squids and some water.
  • Masukkan ubi kentang {jika suka}. Add potatoes {if preferred}.
  • Masak hingga ubi hampir2 empuk.Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Cook until the potatoes are almost softened.Add in a little sugar and salt to taste.
  • Masukkan hirisan bawang besar (2 biji) dan masak hingga bawang lembut dan kuah pekat. Add in slices of onions(2 onions) and cook until the onions are softened and the gravy thickens.

Alhamdulillah…..it’s ready.  Alhamdulillah….. dah siap