Flora, Resipi, Sambal, Sayur

Sambal tumis terung pipit

 

Ada sahabat angah bagi terung pipit.

ﺟﺰﺍﻙ ﺍﻟﻠﻪ ﺧﻴﺮﺍ ﻛﺜﻴﺮﺍ

Tengok terung pipit, teringat al-kisah along di kedai makan masakan kampung ketika dia masih remaja. Disangka sambal tumis kacang peas, cedok banyak la kawan pun. Bila nak makan, baru perasan terung pipit. Kureng la lajunya….. 😒

ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ

La ni (skrg) along dah suka sambal terung pipit.

Pokok terung pipit di belakang rumah.

Batang dan tangkai daun terung pipit berduri.

Tebuan tanah merupakan agen utama pedebungaan terung pipit yang kami perhatikan.

 

Terung pipit pun ada yang dikeringkan.

Sambal tumis terung pipit

Terung pipit ditanggalkan dari tangkai. Basuh bersih-bersih.

2 genggam ikan bilis diperisi dan cuci bersih.

  • 1 ~ 1.5 genggam cili kering. Potong pendek dan rebus hingga lembut. Mesin cili kering dengan 5 ulas bwg putih dan 1/2 biji bawang besar hingga lumat, jadi pes.
  • Panaskan minyak masak secukupnya dalam kuali dan tumis hingga garing pes cili.

Masukkan sedikit air asam jawa.

  • Masukkan ikan bilis dan air asam jawa.
  • Tambah air dan rebus hingga ikan bilis lembut dan keluar air manisan bilis ke dalam kuah.
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa.

  • Masukkan terung pipit dan 1 1/2 biji bwg besar. Tambah sedikit air dan masak hingga terung dan bawang lembut.
  • Terpulang jika nak kuah banyak atau pekat.

sambal tumis terung pipit

              ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ

Yang ni terung pipit pokok sendiri….kali ni gu dengan udang hidup. 😍

                           ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ

 

makanan laut, Resipi

Sambal Tumis Sotong

Walaupun jauh sikit, tetapi di market Bagan Ajam lebih banyak pilihan dari market yang dekat rumah. Barangan untuk orang2 Islam tak perlu risau, ٳن شآء ﭐﻟﻠﻪ   

Dah dapat keperluan lain, pi di bahagian ikan. Nampak sotong. Sambal tumis sotong jawabnya hari ni.

Sambal sotong

1 kg sotong dibuang kulit, bersih dan dikelar di sebelah bawah badan. 1 kg squids, remove skin, wash and make slits on the underside of the body.

  • 2 genggam cili kering, dibuang biji, potong pendek dan rebus hingga lembut. Sejat air. 2 handfuls of dried chillies, remove seeds, cut into smaller sizes and boil until softened.Strain the water.
  • Mesin cili dengan 1 biji bwg besar dan 5 ulas bawang putih. Blend with 1 onion and 5 pips of garlic.

Secubit belacan jika suka. A pinch of shrimp paste if preferred.

  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis cili yg telah dimesin tadi. Goreng hingga cili betul2 masak dan wangi. Heat some cooking oil (2 cups) in a wok and fry the blended chillies. Fry until the chillies are thoroughly cooked and aromatic.

  • Masukkan sedikit air asam jawa dan masak sebentar. Add in a small amount of tamarind juice.
  • Masukkan 1-2 cb gula (ikut rasa masing2). Add in 1-2 tbsp of sugar (up to individual taste)
  • Masukkan sotong. Jangan tambah air sebab air sotong akan keluar. Masak dengan air sotong shj. Add in the squids. Don’t add in water ’cause the juice from the squids is enough to cook the squids.
  • Masukkan garam secukup rasa. Add in salt to taste.
  • Padamkan api. Turn off the stove.

     الحمد لله