Resipi, Sambal

Sambal sira

Kelmarin tak masak….makan lauk tunjuk ja.Dalam lauk2 tunjuk tu ada satu lauk,sambal sira.Nak puas makan, hari ni masak sendiri sambal sira. Ambek hang…….

Sambal sira

  • Tumis bawang besar ( 1 biji).  Fry the sliced onion ( 1 onion).
  • Bila bawang hampir kekuningan masukkan bawang putih (3 ulas) yang dihiris halus. When the onion slices are almost brown,throw in chopped garlic (3 cloves).
  • Goreng hingga kuning keemasan. Fry till golden brown.
  • Masukkan cili kering mesin (1 genggam cili kering).Goreng hingga wangi. Add in blended dried chillies (1 handful of dried chillies).Fry chillies till aromatic.

  • Masukkan air asam jawa.Biar sebentar. Add in tamarind juice.Let it cook for awhile.
  • Air asam jawa. Tamarind juice.
  • Masukkan 3 camca besar gula putih dan sedikit garam(garam tak leh banyak,sebab takut ikan bilis tu pun masin juga).Selalunya bila masukkan gula,cili akan menjadi  lebih gelap warnanya(ada chemistry tu agaknya,karbon dalam gula bertindak dgn.haba). Add in 3 tablespoons of sugar and a little salt(a little salt will do,’cos the anchovies we’ll be adding in might be too salty).  Normally the gravy will turn darker in colour {a nice shade} after adding in sugar ( maybe there’s some chemistry involved,the carbon in the sugar reacts with the heat).
Sediakan/Prepare :

  • Ubi kentang dikupas kulit ,belah dua dan hiris nipis (jangan nipis sangat).Rebus sebentar { 3/4 masak }sebelum digoreng. Ni petua Chef Sabri di radio IKIM untuk buat french fries. Peel potatoes,cut into halves and slice them(not too thin).Parboil before frying them.
  • Goreng kentang. Fry the potato slices.
  • Kentang goreng. Fried potatoes. 

  • Goreng ikan bilis hingga garing. Fry anchovies till crispy.
  • Dengan minyak yang sama,tetapi dengan api yang kecil goreng kacang tanah. With the same oil,but with a small flame,fry groundnuts.
  • Ketiga-tiga bahan yang telah digoreng. The 3 fried items.
  • Masukkan ketiga -tiga bahan yang digoreng ke dalam kuah dan kacau rata hingga berpalit dan agak kering. Add in the 3 fried items and stir well so as the items will be thoroughly coated with the chilly gravy and let it be a bit dry.

Alhamdulillah.Dah siap.Sambal sira ni sedap dimakan dengan nasi,roti,ubi kayu rebus,pulut kukus atau colek dengan timun atau jenis salad. Alhamdulilllah.It’s done.Nice to be taken with rice,bread,boiled tapioca,steamed glutinous rice or vegetables (e.g.cucumber or iceberg lettuce).

Versi sambal sira tempe

Resipi, Sambal

Kuah kacang

 

bahan-bahan

Bahan2 yg.digunakan utk.kuah kacang cara kami…..

  • 1 1/2 ~ 2 genggam cili kering(sukatan utk.org.yg.suka pedas)
  • 600 g. kacang tanah
  • 5 btg.serai
  • 1 cb.jintan manis
  • asam jawa (kecil sikit dr.bola pingpong)

(Sukatan boleh dikecilkan ikut kemahuan masing2.)

Ingredients for the peanut gravy,our own style….

  •  1 1/2 ~ 2 handfuls of dried chillies(measurement for those who love the hot stuffs)
  • 600 g. groundnuts/peanuts
  • 5 stalks of lemongrass
  • 1 tbsp.fennel 
  • tamarind paste (smaller than the size of a table tennis ball)

( The measurements can be sized down to individual requirements.)

Arachis hypogaea

Sangai kacang tanah dgn.api yg kecil. Roast the peanuts over a small flame.

Buang kulit kacang dan kisar dlm.blender (guna air). Remove peanutskins and blend them(using water)

  • Panaskan sedikit minyak dlm.kuali. Heat a little oil in a wok.
  • Goreng cili kering yg.telah dibuang biji dan dibasuh.Ini utk.membuat kuah lebih wangi. Fry the dried chillies(seeds removed and washed).This gives the gravy more aroma.
  • Serai dihiris halus. Finely slice the lemongrass
  • Masukkan cili kering,serai dan jintan manis ke dlm.blender dan kisar halus. Put into a blender the dried chillies,lemongrass and fennel.Blend them into a fine mixture.

  • Dlm.kuali bekas goreng cili kering tadi,tambahkan minyak dan panaskan. In the wok that was used to fry the dried chillies,add more oil and heat it.
  • Masukkan cili kering yg.telah dikisar. Pour in the blended dried chillies.
  • Masak hingga campuran cili ini berbau wangi. Cook until the chilly mixture gives out the aroma.
  • Warna cili menjadi lebih gelap. The colour of the chilly mixture has turned darker.
  • Masukkan kacang yg.telah dikisar. Add in the grounded peanuts.
  • Masukkan air asam jawa. Add in the tamarind juice.

  • Masaklah sehingga kacang berubah dari warna putih pekat hingga jernih rupanya. Go on cooking till the peanuts change from white to translucent in appearance.
  • Masukkan 3 senduk gula.Kacau.  Add in 3 ladles of sugar.Give it a stir.
  • Masukkan garam secukup rasa.Biar kuah pekat sikit,tetapi jgn.terlalu pekat. Add in salt to taste.Let the sauce be thick but not too thick.

 

Kuah kacang ni sedap dimakan dgn.nasi empit,ketupat jawi,sate,roti atau cucur udang. This peanut sauce is best taken with nasi empit(compressed rice),ketupat,satay,white bread or prawn fritters.
The ketupat and the peanut sauce.