Buah, Flora

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

 

Pisang boleh menjadi penawar beberapa penyakit.Kajian di India menunjukkan dengan memakan 2 biji pisang sehari dapat mengurangkan tekanan darah tinggi 10% dlm.tempoh seminggu.Di Amerika pula,kajian mendapati dengan memakan 5 biji pisang sehari adalah 50% lebih berkesan berbanding memakan ubat-ubat darah tinggi atau  ‘hypertension’.Keupayaan pisang mengurangkan tekanan darah tinggi dipercayai disebabkan kandungan potasiumnya (lebihkurang 400 mg sebiji) dan kandungan sodium dalamnya yg.rendah.Sodium dlm.kebanyakan makanan bergaram akan menaikkan tekanan darah tinggi.Kesimpulannya didapati bahawa kurangnya kandungan potasium dalam makanan antara punca berlakunya tekanan darah tinggi pada tahap pertama dan pisang InsyaAllah boleh menghalang ia berlaku.Tidak hairanlah atlit memakan pisang kerana ia dapat memberi tenaga di samping mengawal pengambilan sodium.

 Antara khasiat2 yg.ada pada pisang:

  •  sumber tenaga
  • utk.kecerdasan otak
  • mengatasi masalah kekurangan darah (anaemia)
  • mengatasi masalah nyilu hati
  • mengurangkan masalah urat saraf
  • mengatasi masalah loya/muntah/mabuk
  • mengubati gigitan serangga (sapu dgn.bahagian dlm.kulit pisang)
  • mengawal berat badan
  • mengatasi masalah ulcer (dapat meneutralkan asid dlm.perut)

Bananas are amongst the cheapest fruits in the market and there’s no reason for us to skip these fruits.The bananas are high in fibres,rich in minerals (potassium,calcium,magnesium,zinc and iron) and vitamins A,B and C.They also neutralise the acid in our stomachs thus preventing us from ulcers.Their high-fibre contents prevent constipation.The fibres also help to block the absorption of fats that increase blood cholesterol.

 

Makan pisang,kurangkan tekanan dan darah tinggi. Eating bananas reduces stress and hypertension.

 

Kalau terlebih makan pisang,jadi macam ni ka?Dah teruja sebab tak rasa tekanan.Hehehe.  What if we take too many bananas?Will we go bananas when we don’t have any stress? Lol.

 

 

 

Buah, Flora

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

Musa spp.
  • Jantung pisang awak yang mula cambah.Ronanya masih cerah. A  banana inflorescence sprouting  It is light in colour.
  • Jantung pisang boleh diambil bila tiada lagi pisang yang cambah di tangkai pisang.(Rona jantung dah menjadi gelap). The banana inflorescence can be cut off when the stalk has stopped producing anymore bananas.(The colour has turned darker).
Musa spp.

Pokok pisang awak.Bila buah dah besar,kena tongkat pokok supaya batang pokok tak patah. When the fruits are almost fully in size,we’ve got to support the stem with a strong pole to ensure the stem won’t break.

Terdapat lebihkurang 1,000 jenis pisang di seluruh dunia. There are about 1,000 varieties of bananas throughout the whole world.

Bila dah ada sebiji dua pisang yang dah masak di pokok, boleh la ditebang pokok dan dicantas tandannya. Alhamdulillah. When there’re already one or two ripe bananas on the banana plant, then it’s time to fell the tree and bring down the bananas. 

Mesti digantung tandan pisang ini dan dibiarkan buahnya masak. Jika dibiar di atas lantai simen, buah akan lambat masak disebabkan lantai yang sejuk. The whole bunch of bananas must be hung and let the fruits ripened. It must not be left on the floor, cos the cold nature of the floor will delay the ripening.

Jantung pisang atau bunga pisang boleh diolah dalam beberapa masakanBanana buds , the banana blooms or the ” banana heart” can be cooked in several kinds of dishes.

ﺳﺒﺣﺎﻥﷲ bunga pisang teratur dengan kemas di bawah lapisan setiap kelopak jantung. Bila jantung pisang dipetik,ini bermakna bunga-bunga telah berhenti menghasilkan buah. ﺳﺒﺣﺎﻥﷲ the flowers are neatly arranged under each bract. When the banana inflorescence is cut off , it means that the flowers have stopped producing fruits.

Jantung pisang yang direbus dijadikan ulam. The boiled ‘ banana heart ‘ is deliciously taken with chilly dip(sambal belacan) and rice.


Pisang berangan. Isi kuning dan lembut. Another species of the banana with soft yellowish pulp.

Pisang rastali, rasanya kelat dan yang masak ranum kuranglah kelatnya. Isinya putih atau warna krim pucat. Ada species yang mempunyai banyak bintik2 hitam di kulitnya. Rasa kelat tu memang ciri pisang ni. Sorang sahabat dari Kelantan bagi tau di tempat dia mereka panggil pisang kelat keling. Disebut keling mungkin ada kaitan dengan India. Di Pulau Pinang ni kalau di kedai2 mamak samada kedai makan atau kedai yang menjual surat khabar dan peruncitan akan terdapat pisang rastali (digantung setandan) untuk dijual dan rastali berbintik2 hitam menjadi pilihan.

Pisang raja, isi dia kuning. Sering dibuat pisang goreng atau dibuat serawa (bubur) pisang, juga dicampur dalam bubur asyura.

Pisang abu/nipah ni kerapnya digoreng.


Kerepek pisang diketahui dibuat daripada pisang tua yg.belum masak.Pisang yang sering digunakan ialah pisang tanduk. Ada yg. bersira.Yang ini bergaram.Memang asyik bila dah mula makan. Banana chips are known to be made of matured but unripe bananas. There’re the sugar glazed banana chips.What we have here are  the salted type .

Pisang goreng . Banana fritters.

Coq kodok /Jemput2 pisang. Fried mashed banana cakes

–♣–