Buah, cucur, Flora, Resipi

Coq kodok {jemput2 pisang}

Pokok2 pisang awak di belakang rumah tu ada 2 jenis. Satu jenis tak ada biji (ada pun sebiji dua sj) dan sejenis lagi banyak sangat la bijinya. Nak kena ganti la pokok2 yg banyak biji tu dengan pokok2 yang tiada biji. There are 2 types of  this particular banana growing in our home backyard. One without seeds and the other with plenty of seeds.Ought to replace the plants with plenty of seeds with those without seeds.

Tak tau la pulak nak kenal antara pisang yg bnyk biji dengan yg tiada biji. Ada orang yg tahu tengok. Don’t know how to differentiate between those without seeds from those with seeds. However there are people who know how to see these features.

Nak buat coq kodok/jemput2 pisang kena buat satu kerja lebih sikit, buang biji. To prepare the fried mashed banana cakes, we have to put in an extra job,i.e to remove seeds.

  • Buang biji dari pisang yang ada biji(sesetengah tak ada biji).Remove seeds from those bananas with seeds (there are some without seeds)
  • Lenyek pisang (lebihkurang 4 sikat) hingga lumat (guna kole saja). Mash the bananas (appprox. 4 combs) until fine (used a mug as a masher).

  • Masukkan 2 cwn gula dan 1/2 ct garam. Add in 2 cups of sugar and 1/2 tsp of salt.
  • Kacau sebati . Mix thoroughly.
  • Masukkan 4 cwn tepung gandum. Add in 4 cups of wheat flour.
  • Kacau sebati. Mix thoroughly.

Jemput2 dan goreng dalam minyak panas yg banyak.Goreng hingga perang keemasan. Pinch a small amount of the mixture into a small ball and drop slowly into the hot deep frying oil. Fry until golden brown.

Jemput-jemput pisang. Mashed banana cakes

         الحمد لله

Resipi, Sayur

Masak lemak jantung pisang

Rezeki di laman rumah. Hari ni dapat kait 4 jantung pisang, 2 besar dan 2 kecil. Yang kecil tu disebabkan dah lambat kait. Nak masak yg dua kecil tu dan 2 lagi tu pulak utk bagi kat sapa2 peminat jantung pisang. Alhamdulillah…..


 Sediakan segenggam ikan bilis. 1 handful of anchovies.    Sediakan segenggam cili padi,asam keping dan santan pekat. 1 handful of small chillies and thick coconut milk.

  • Buang kesemua tampuk luaran jantung pisang yang keras dan liat. Remove all the outer hard bracts of the banana heart.
  • Belah dua dan rebus hingga lembut. Halve the banana hearts and boil until tender.

Hiris jantung pisang yang telah lembut direbus. Sliced the boiled banana hearts.

  • Tumbuk cili padi hingga halus. Pound the small chillies until fine.
  • Masukkan ikan bilis dan terus tumbuk hingga lumat. Add in anchovies and pound further until fine.

  • Dalam periuk masukkan cili dan ikan bilis tumbuk, 1 ct.serbuk kunyit dan asam keping. In a cooking pot, put in pounded chillies and anchovies, 1 tsp turmeric powder and 1 piece of Malabar tamarind.
  • Masukkan air atau santan cair jika menggunakan santan yg diperah sendiri.Biar mendidih dan cili benar2 masak. Add in water or light coconut milk. Bring to the boil.
  • Masukkan hirisan jantung pisang. Biar mendidih dan masukkan garam secukup rasa. Add in the sliced banana heart. Bring to the boil and add salt to taste.
  • Masukkan santan pekat dan timbuk supaya tak pecah minyak. Tutup api. Add in the thick coconut milk and keep stirring so that the milk doesn’t disperse.

 

  Alhamdulillah…