Noodles, Resipi

Koay teow udang

 

Nak goreng koay teow utk iftaar, agih kat sahabat2 dan juga utk moreh. Maknanya kena goreng pada skala yg besar. Resipi ni boleh dikecilkan ikut keperluan.

Koay teow udang

 

Sediakan udang yg sederhana besar. Nak buang kulit atau tak, terpulang.

Tauge dan kucai. Ada orang suka tauge yg banyak, tapi jangan la sampai jadi tauge goreng dan bukan koay teow goreng. 😅. Bahagian pangkal kucai diasingkan.

Koay teow goreng, dengan telur sedap sangat. Tu pun kalau yg boleh makan telur. Kalau yg tak makan telur, boleh abaikan.

  • Bawang putih banyak, tak apa, sebab dia wangi. Tumbuk tak payah lumat sangat.
  • Tumis bwg putih hingga kuning keemasan.

  • Segenggam cili kering utk 1kati (600g) koay teow. Kalau yg tak mau pedas sangat boleh kurangkan cili kering. Cili kering dibuang biji dan direbus sebentar. Tutup api dan biar cili terendam dlm air panas hingga lembut. Blend cili hingga lumat.
  • Bila bwg putih dah kuning, masukkan cili dan goreng hingga cili betul2 masak.
  • Masukkan kicap mee, kicap ikan (agak2 masin, gantikan garam) dan sos tiram. Kacau sebati. Rona koay teow jangan terlalu gelap.
  • Masukkan udang dan pangkal kucai. Biar udang masak.
  • Masukkan koay teow dan gaul rata. Tolak ke tepi koay teow.
  • Masukkan telur. Goreng telur dan timbus dengan koay teow sebentar.
  • Masukkan tauge dan kucai. Gaul rata dan biar tauge masak sikit.
  • Tutup api.

Koay teow udang

الحمد للَّه

Sempat diagih, habuan iftaar dan ada lagi untuk moreh.

 

 

Noodles, Resipi

Mi kuah

 

Sup dan daging berbaki lagi dari persediaan nasi daging kelmarin. Boleh diolah jadi kuah untuk mi. 😋 إن شآء اللَّه

Tumis pes cili (cili kering mesin) hingga garing dan wangi. Tuang ke dalam sup daging. Renih kuah dan pekatkan dengan tepung jagung. Kalau tak ada tepung jagung boleh ja guna tepung gandum. Guna sup daging untuk bancuh tepung. Tapi bila guna tepung gandum, kena tapis sebab tepung gandum suka jadi ketul2.

Campurkan sos tomato, agak2 nak rasa masam. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Masukkan bebola ikan, kek ikan dan sayur sawi(sawi dibiar layu, jadi mcm sayur jeruk).

Celur mi. Jemput sedikit mi ke dalam pinggan.

الحمد للَّه

Hias dengan hirisan taukua goreng,hirisan tomato, ubi kentang rebus dan telur rebus, cili merah dan daun bawang.