Nasi, Resipi

Nasi ayam,ayam goreng tepung

 

Nasi ayam buat macam biasa ja, cuma kali ni nak bubuh rona pulak.

1 ekor ayam, (kami kurangkan sikit, sebab banyakkan utk goreng 😅)

Kami guna periuk biasa saja.

Tumis macam biasa, masukkan air rebusan ayam ikut sukatan. Cuma kali ini masukkan pewarna kuning sikit utk dapat nasi ayam kuning.

Bila nasi dah kering, kacau supaya nasi di bhgn bawah dibawa ke atas. Ratakan dan buatkan tompok2  pewarna kuning di atas nasi. Tutupkan periuk (kami tindih dgn lesung batu, utk elak wap keluar) dan biar 30 minit utk nasi masak.

Hidangkan nasi ayam dengan ayam goreng rangup.

Nasi ayam, ayam goreng rangup

الحمد للَّه

 

Kalau nak makan dengan ayam goreng sos tiram pun boleh. Ada sikit ayam dari rebusan tadi.

Nasi, Resipi

Nasi hujan panas

 

 

Nasi minyak boh rona sikit, dah jadi nasi hujan panas 😋😍 Boleh tegha(tahap) tu kot. Nak sedap, nak cantik 😃

  • Sediakan bahan2 utk tumis. Hiris halus2.
  • Gunakan minyak sapi atau minyak masak saja utk menumis. Pijarkan minyak dan masukkan daun pandan. Biar sampai pandan layu.
  • Masukkan hirisan bwg besar, bwg putih dan halia. Bila layu masukkan rempah ratus. Goreng hingga kuning keemasan.

 

  • Masukkan air yg telah disukat, susu cair(agak2 lemak) dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
  • Masukkan beras dan tanak hingga masak. Gemburkan nasi dan masukkan sedikit daun pudina jika suka.
  • Titik2 kan pewarna dan biarkan nasi kering.
  • Gemburkan nasi dan boleh dihidang bersama lauk kegemaran (cth : Ayam masak merah, Jelatah)
Nasi hujan panas

الحمد للَّه

Terima kasih kepada Anis yg telah bnyk membantu. 😘