Daging, Resipi

Daging masak lemak cili padi

 

Masakan kegemaran di rumah ni, Daging masak lemak cili padi. Hari ni kita bagi laluan utk Anis siapkan. 😘

Sediakan 1kg daging. Penjual daging dah potong siap. Saiz tak lebar sangat.

Kita gu dengan ubi kentang. Belah 4 atau kecil lagi (ikut suka).

Sediakan segenggam cili padi dan sedikit halia. Tumbuk lumat. Nak blend dengan chopper pun boleh. Kalau ada kunyit hidup, boleh tumbuk sekali. Kalau tak ada, guna serbuk kunyit ja.

Santan pekat dan cair dari 1 biji kelapa.

  • Masukkan cili padi lumat, 1ct serbuk kunyit dan asam keping.
  • Masukkan santan cair.
  • Masukkan daging.
  • Masukkan hirisan daun kunyit (dari 1 – 2 helai daun).
  • Rebus naik hingga  daging empuk.
  • Lepas daging empuk, masukkan ubi kentang. Tambah sedikit air jika perlu utk empukkan ubi.

Bila ubi dah empuk, masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan masukkan santan pekat. Kacau rata, pasang api semula. Timbuk kuah supaya santan tak pecah minyak. Bila dah gelegak sikit, tutup api.

 

Daging masak lemak cili padi

الحمد للَّه

 

 

 

 

 

 

Ikan, Resipi

Tuna masak lemak cili padi

Ikan tuna besaq ni kena potong sendighi(sendiri), tak comey baq hang,heghot petot. Apapun Alhamdulillah…..

Muka ikan macam sedih ja….. sat ni jangan rasa kesian nak potong sudah la…

Guna 4-5 ketul ikan (ikut suka) . Use 4-5 pieces of tuna (as wished).

Tumbuk hingga lumat 1 genggam cili padi dengan kunyit. Pound finely 1 handful of small chillies with fresh turmeric.

Kupas dan hiris sebiji nenas. Buang empulur di tengah2 buah. Peel and cut into small pieces 1 whole pineapple. Remove the hard core.

  • Masukkan cili tumbuk, serai yang diketuk, hirisan nenas dan asam keping ke dalam periuk. In a cooking pot place the pounded chillies, crushed lemongrass, pieces of pineapple and Malabar tamarind.
  • Masukkan santan cair jika santan diperah sendiri,kalau tidak guna air saja. Add in thin coconut milk if the milk was personally extracted from the grated coconut, otherwise use water to substitute.
  • Rebus hingga nenas lembut dan cili betul2 masak. Boil until the pineapple turns soft and the chillies are thoroughly cooked.
  • Masukkan ikan dan biar hingga ikan masak. Masukkan garam secukup rasa. Add in the fish and let the fish cooks through and the chillies are thoroughly cooked. Add salt to taste.
  • Masukkan santan pekat dan timbuk sebentar. Padamkan api. Add in thick coconut milk and stir for awhile. Turn off the stove.

Alhamdulillah…..