Resipi, Sayur

Potato Wedges homemade

 

Sebelum tahu cara nak buat potato wedges, selalu dok hairan camna ubi kentang yg dipotong tebal ni boleh masak di dalamnya bila digoreng. Tak hangit pula tu. 🤔

الحمد للَّه

Terima kasih kepada chef Sabri Hasan yg tidak lokek berkongsi tips membuat potato wedges, di radio IKIM lebih sedekad yg lalu.

جزاكَ اللَّه خيرا كثيرا

Caranya dengan kaedah parboil. (To cook partially by boiling for a brief period: parboiled and then sautéed the new potatoes.)

  • Sediakan ubi kentang (ikut suka nak makan banyak mana)
  • Kupas kulit, basuh dan potong wedges ( kami belah 4 ja)
  • Rebus ¾ masak. Bila air rebusan kentang dah mula gelegak, bagi masa 15 hingga 20 minit sebelum padam api. Jangan terlajak, nanti relai pula isi dia.
  • Angkat dan sejat airnya.
  • Panaskan minyak macam nak goreng cucur tu.
  • Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
  • Hidang dengan sos kegemaran, seperti cheese sauce, mayonnaise dsb.

Potato wedges

الحمد للَّه

Siap untuk iftaar dan moreh.

 

Resipi, Sayur

Kacang panjang telur hancur

 

Masak ringkas dengan apa yg ada. Yg pentingnya lauk habis licin, clear. 😌 Jenis sayur bukan senang nak bagi semua orang suka kan ?

 

  • 7 urat kacang panjang  dipotong kecil2.
  • 1 biji bwg besar dihiris nipis2
  • 1 biji cili merah dibelah dua dan dibuang biji. Hiris serong.

 

  • 5 biji telur dimasukkan sedikit garam dan serbuk secukup rasa.
  • Pukul telur hingga hancur.

 

  • Pijarkan 3 sb.minyak masak dalam kuali.
  • Masukkan campuran kcg pnjg, bwg besar dan cili. Kacau hingga sayuran menjadi lembut.
  • Masukkan telur. Kacau rata2 hingga telur masak.

 

الحمد للَّه