Flora, Resipi, Sayur, Sayur

Lemak putih sayur meranti

Sahabat-sahabat dalam group wasapp (Group Blog Tumbuhan) kata sayoq ni sedap. Ni first time nak masak.

solanum americanum   الحمد للَّه

Ada labu manis dari pokok sendiri.

Dua jenis sayur ni dari halaman sendiri, satu ditanam, satu tumbuh sendiri.

الحمد للَّه

Labu manis potong bongkah/cube atau ikut kesukaan .

 

  • Rebus naik labu manis dengan kiub pati ikan bilis atau  ikan bilis tumbuk. Rebus hingga lembut.
  • Celur dua kali sayur meranti. Kemudian hiris halus.
  • Bila labu dah empuk, masukkan sayur meranti. Biar sebentar. Masukkan garam secukup rasa.
  • Masukkan santan dan timbuk supaya santan tak pecah minyak. Biar dia gelegak sikit. Tutup api.

 

Lemak putih tapi labu manis turun warna. 😆

الحمد لله

 

Resipi, Sayur

Lemak putih kucai

 

 

Benih kucai yang diambil dari rumah mentua ni dah boleh dituai dah. 😍 Boleh la diambil separuh untuk lauk hari ni.

Bahan-bahan lain kita cari di market.

Udang kering, tauge, taukua, cili merah dan bawang besar. Kucai dipotong pendik-pendik.

Sedikit santan pekat.

Masukkan hirisan taukua, bwg besar dan udang kering ke dalam periuk. Masukkan air agak-agak tengelam semua bahan-bahan ini. Masukkan seketul kiub ikan bilis atau secukup rasa jika suka. Rebus hingga taukua dan udang kering masak.

Masukkan hirisan kucai dan hirisan cili merah. Biarkan hingga kucai kelihatan lembut. Masukkan tauge dan kacau sebentar. Masukkan garam secukup rasa.

Tuangkan santan. Timbuk supaya santan tak pecah minyak. Tutup api.

الحمد للَّه