buah, Resipi, Sayur

Lemak kari nangka muda

 

Waktu2 begini (PKP) kepiu, nak keluar kerap pun tak sanggup. Tengok2 keliling rumah apa yg ada. 😎 Nangka muda. Orait.

الحمد للَّه

Masak lemak kari. Rempah daging ada 👍 (guna apa yg ada sj.)

  • Nangka saiz sedang saja. Kami guna 3/4 nangka .
  • Kupas kulit, basuh dan potong .

Santan dari sebiji kelapa, cair dan pekat. الحمد للَّه nyoq (kelapa) pokok sendiri.

  • Basuh hirisan daging, masukkan ke dalam periuk.
  • Masukkan 3 senduk kecil rempah daging.
  • Masukkan air/santan cair dan rebus hingga daging empuk dan rempah masak betul2.

  • Masukkan potongan nangka muda.
  • Rebus hingga nangka empuk dan kuah hampir kering.

Masukkan santan pekat dan garam secukup rasa, kacau dan timbuk supaya santan tak pecah minyak. Tutup api.

Masukkan bwg putih, bwg besar,daun kari dan hirisan cili kering yg ditumis darat ke dalam periuk. Kacau rata. Boleh ceduk utk dihidang.

 

الحمد للَّه

 

Flora, Resipi, Sayur, Sayur

Lemak cili padi pucuk ubi kayu

 

Dalam kategori masakan kampung, lemak cili padi pucuk ubi kayu tak jemu dimakan.

Ubi kayu ditanam di belakang rumah ja.

 

LEMAK CILI PADI PUCUK UBI KAYU

 

 

  • Ambil 3 genggam pucuk ubi kayu. Rebus 2 kali. Setiap kali diperah airnya.
  • Hiris halus2 pucuk yg telah direbus hingga lembut itu.

 

  • 1 genggam ikan bilis dibuang tulang dan perut. Basuh.
  • 1 genggam cili padi dan kunyit hidup atau serbuk kunyit.

 

  • Blend kunyit dan cili padi hingga lumat.
  • Masukkan ikan bilis dan blend lagi hingga lumat.
  • Masukkan perencah ke dalam periuk bersama 3 keping asam keping.
  • Tambah air dan rebus hingga cili betul2 masak.
  • Masukkan pucuk ubi dan biar sebentar hingga perencah sebati dengan sayur.
  • Masukkan santan dan timbuk supaya santan tak pecah minyak.
  • Biar didih sikit. Tutup api.

 

الحمد لله

Pekena dengan nasi panas dan ikan kering goreng. 😋😍