Flora, Kuih-muih, Resipi

Bengkang ubi kayu

 

Kuih tradisional orang Melayu yang tak jemu dimakan bagi sesetengah orang. Lemak2 manis rasanya. Boleh diwarnakan dengan pencelup kuning atau dicampur dengan gula merah. Ada kalanya terdapat ubi kayu kuning dan tak payahlah guna pencelup .

Cabut ubi kayu kerja kaum adam ๐Ÿ˜….ย  ุฌุฒุงูƒู… ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ ุฎูŠุฑุง ูƒุซูŠุฑุง ย en. somi yg menuai dan angah yg menanam.

Haluih2 tapi banyak . Apa2 pun ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‘ูŽู‡

  • Kupas ubi kayu
  • Cuci bersih2 dan kerat pendik2
  • Hiris nipis2,campur sedikit air dan mesin/blend hingga lumat

  • Tuang ubi kayu yg lumat ke dalam penapis sambil ditekan perlahan2 dengan sudu untuk keluarkan air ubi.
  • Air ubi akan terpisah kepada 2 bhgn., air jernih dan kanji putih. Air dibuang dan kanji dicampur ke dalam ubi kayu yg disejat.

Kami guna sukatan kole/mug ni saja.

  • 4 kole ubi kayu yg diblend dan disejat
  • 2 kole santan pekat
  • 1 kole gula
  • secubit garam
  • pewarna kuning

Sapu loyang dengan minyak masak atau majerin. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan dulu. Guna api atas dan bawah dgn suhu 200ยฐC selama 1 jam.

Biar bengkang yg sudah masak betul2 sejuk baru dipotong. Selalunya org2 tua dulu bakar bengkang ni waktu malam. Esoknya potong baru cantik.

 

ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‘ูŽู‡

 

cucur, Resipi

Cucur badak

 

Memusing cari ubi kayu sampai keluar kawasan….nak cari ubi kayu, nak cari ubi kayu ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜„ Tak ada rezeki. Lain yg dicari, lain yg dapat ๐Ÿคฒ

ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‘ูŽู‡

Keledek pun keledek la…..๐Ÿ˜ Nak buat coq badak, saiz orang2 dulu buat (memang saiz badak ๐Ÿ˜‚) . Makan puaih(puas). Cuma tak dapat udang kering untuk hiasan di luar.

Cucur badak

 

Kalau ubi banyak, ุฅู† ุดุขุก ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ boleh buat frozen.

 

  • Kupas ubi keledek dan potong besar2. Basuh dan kemudian rebus hingga empuk.
  • Lenyek ubi ketika masih panas2.
  • Kemudian biar hingga betul2 sejuk.
  • Masukkan tepung gandum dan gaul hingga tak melekit di jari. Tambah tepung bila perlu. (kalau melekit sikit2 tu tak apa, bila buat bola2, cicah pada tepung dan golek2kan.)
  • Siapkan bebola2 dari doh ubi, lebihkurang saiz yg sama (timbang klu suka).
  • Masukkan inti pada setiap bebola ubi. Leperkan sedikit. Jika ada udang kering bolehlah di lekatkan di atas setiap cucur.

 

  • Siapkan kesemua coq badak dan atur dalam talam yg disapu dengan sedikit minyak.
  • Goreng dalam minyak dalam dan cukup panas hingga kuning keemasan. Minyak kalau terlalu panas, akan jadi gelembung di permukaan kuih ๐Ÿ‘‡๐Ÿ˜Š

 

ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‘ูŽู‡

ุฌุฒุงูƒูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ ุฎูŠุฑู‹ุง ูƒุซูŠุฑู‹ุง

kepada angah yang banyak membantu .

 


Kuih yang lebih buat frozen.