Kuih-muih, Resipi

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

 

Ada ahli keluarga suka makan kuih cara. Cari dlm google, kita derhaka sikit pd resepi.

الحمد للَّه

Acuan kuih cara dah ada, lama tak guna.

Sediakan: 

Sebiji kelapa yg kecil, (tak boleh guna mesin parut sbb kecil). Jadi kami hiris kecil2 dan nipis utk diblend.

7 helai daun pandan diblend bersama kelapa.

4 mug air utk blend kelapa dan daun pandan. (blend 2x)

2 butir telur

3 mug tepung gandum

  • Campur tepung gandum, telur dan air perahan santan dan daun pandan. Blend bancuhan ini supaya tiada lagi ketulan2 tepung. Biar sebentar sebelum masak.
  • Masukkan pewarna hijau, ikut suka nak gelap macamana.
  • Guna kole logam utk mengisi sedikit bancuhan setiap kali nak tuang bancuhan ke dalam acuan.

Minyak masak utk disapu pada acuan kuih cara. Setiap kali nak guna, seretkan daun pandan pd tepi mangkuk utk mengurangkan minyak.

Utk memasak kuih ini acuan mesti betul2 panas dulu supaya kuih tidak melekat pada acuan. Bila semua acuan dipenuhi bancuhan, masukkan ½ ct. gula pada setiap bancuhan kuih. Tutup acuan dengan tudung periuk kecil bertangkai. Guna api paling kecil. 5 minit sekali masak.

الحمد للَّه

 

 

Ada baki serunding ikan, depa nak letak pula. 😃

Terima kasih kpd Along n Anis yg sambung masak ( ¾ kerja masak) 😍😘

Kredit kepada Dari Dapur

 

Flora, Kuih-muih, Resipi

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

 

Kuih tradisional orang Melayu yang tak jemu dimakan bagi sesetengah orang. Lemak2 manis rasanya. Boleh diwarnakan dengan pencelup kuning atau dicampur dengan gula merah. Ada kalanya terdapat ubi kayu kuning dan tak payahlah guna pencelup .

Cabut ubi kayu kerja kaum adam 😅.  جزاكم اللَّه خيرا كثيرا  en. somi yg menuai dan angah yg menanam.

Haluih2 tapi banyak . Apa2 pun الحمد للَّه

  • Kupas ubi kayu
  • Cuci bersih2 dan kerat pendik2
  • Hiris nipis2,campur sedikit air dan mesin/blend hingga lumat

  • Tuang ubi kayu yg lumat ke dalam penapis sambil ditekan perlahan2 dengan sudu untuk keluarkan air ubi.
  • Air ubi akan terpisah kepada 2 bhgn., air jernih dan kanji putih. Air dibuang dan kanji dicampur ke dalam ubi kayu yg disejat.

Kami guna sukatan kole/mug ni saja.

  • 4 kole ubi kayu yg diblend dan disejat
  • 2 kole santan pekat
  • 1 kole gula
  • secubit garam
  • pewarna kuning

Sapu loyang dengan minyak masak atau majerin. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan dulu. Guna api atas dan bawah dgn suhu 200°C selama 1 jam.

Biar bengkang yg sudah masak betul2 sejuk baru dipotong. Selalunya org2 tua dulu bakar bengkang ni waktu malam. Esoknya potong baru cantik.

 

الحمد للَّه