Aktiviti, Fauna, ikan, Laut

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

 

Bila sekumpulan sahabat2 mempunyai hobi yg sama, kerja jadi. إن شآء اللَّه

Memancing, salah satu hobi yg merapatkan seseorang kepada alam dan Maha Pencipta. Betapa lautan yg luas dan sungai2, tasik2 dsb. ditempatkan Allah rezeki kepada hamba2Nya.

Baru2 ni Acik dan beberapa sahabat telah membuat trip ke satu lokasi memancing berdekatan Pulau Jerejak, P.Pinang. Ada seorang sahabat memiliki beberapa sangkar ikan di kawasan perairan di situ. Tetapi mereka ini tidak memancing di sangkar2 tu. No…no…

Rupa2nya….ikan2 di dalam sangkar tu ada pelawat2. Ikan2 yg di luar sangkar (yg liar) datang menziarah yg di dalam sangkar 😆 Ramai pulak tu. Pendekkan cerita, 10 sahabat yg pergi memancing, setiap seorang dapat bawa balik 15 ekor ikan, setelah jumlah keseluruhan tangkapan dibahagi samarata. Kiranya sahabat2 yg dapat banyak tangkapan dikira sedekah.

جزاكم اللَّه خيرًا كثيرَا

 

Ikan cencaru yang dipancing besar2. 😍 👆Semua ikan2 tu ialah pelawat2 yg menziarah sangkar2 😂

Nak masak apa ya? Ermmmmm

Ikan cencaru belah belakang.

 

الحمد للَّه

 

–🐟–

Ikan, Resipi

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

Anak bujang yg seorang ni pulak minat memancing. Camtu la, dah duduk di tempat yang ada laut dan pantai. The youngest bachelor boy has got hooked on angling. The sea and the beach are within our home town thus easily accessed.

Kali ni dapat 5 ekoq ikan, siakap merah, jenahak, kerapu dan kerapu singa. This time around he got hold of the red sea bass, the grouper, lion grouper and the snapper.

 

 

–Ω–

 

KARI IKAN GORENG

  • Siang dan bersihkan ikan.
  • Lumur garam kunyit dan goreng (jgn sampai garing)

Bahan2 yg diperlukan :

Utk menumis

5 ulas bwg putih, 1 biji bwg besar, 3 pelepah daun kari dan 1 cb jintan putih

Panaskan minyak dan tumis hirisan bwg besar, bwg putih dan daun kari hingga hampir kuning keemasan.Masukkan jintan putih(halus) dan teruskan tumis hingga kuning keemasan.

  • Masukkan rempah ikan dan kacau sebati.
  • Tambah sedikit air dan sebatikan dengan rempah tadi.
  • Biar hingga rempah masak.
  • Masukkan air asam jawa dan hirisan dr 2 biji bwg besar dan biar hingga mendidih (sesetengah org suka kari yg masam sikit)

  • Masukkan santan dr ½ biji kelapa dan biar hingga santan pecah minyak.
  • Masukkan garam secukup rasa.

  • Masukkan kacang bendi dan biar hingga lembut.
  • Masukkan ikan goreng dan hirisan tomato. Kacau sebentar dan tutup api.

 

                      ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ