Ikan, Resipi

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

Lemak kari ni kalau makan dengan nasi lemak pun sesuai. Kali ni nak buat lemak kari ikan talang kering. Gu dengan nenas.

Talang kering dipotong2 (termasuk tulang) dan direndam lebihkurang 1/2 jam.

  • Rebus naik rempah dengan air (atau santan cair jika menggunakan kelapa sendiri), seperti kita merebus cili mesin utk masak asam pedas. Pastikan rempah betul2 masak (ambil bau dia).
  • Masukkan hirisan2 nenas. Masak hingga nenas lembut .
  • Masukkan ikan talang. Biar hingga ikan masak.
  • Masukkan santan pekat. Kacau sebati. Timbuk2 supaya santan tak pecah minyak. Tutup api.

Tumis darat :

  • Pijarkan minyak masak. Masukkan cili kering yg dipotong2 pendek dan daun kari. Goreng hingga garing (jgn hangit).
  • Masukkan hirisan bawang besar, bwg putih dan halia. Goreng hingga kuning keemasan.
  • Tuang ke dalam periuk kari tadi.
  • Kacau sebati.

الحمد للَّه

Ikan, Resipi

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

Anak bujang yg seorang ni pulak minat memancing. Camtu la, dah duduk di tempat yang ada laut dan pantai. The youngest bachelor boy has got hooked on angling. The sea and the beach are within our home town thus easily accessed.

Kali ni dapat 5 ekoq ikan, siakap merah, jenahak, kerapu dan kerapu singa. This time around he got hold of the red sea bass, the grouper, lion grouper and the snapper.

 

 

–Ω–

 

KARI IKAN GORENG

  • Siang dan bersihkan ikan.
  • Lumur garam kunyit dan goreng (jgn sampai garing)

Bahan2 yg diperlukan :

Utk menumis

5 ulas bwg putih, 1 biji bwg besar, 3 pelepah daun kari dan 1 cb jintan putih

Panaskan minyak dan tumis hirisan bwg besar, bwg putih dan daun kari hingga hampir kuning keemasan.Masukkan jintan putih(halus) dan teruskan tumis hingga kuning keemasan.

  • Masukkan rempah ikan dan kacau sebati.
  • Tambah sedikit air dan sebatikan dengan rempah tadi.
  • Biar hingga rempah masak.
  • Masukkan air asam jawa dan hirisan dr 2 biji bwg besar dan biar hingga mendidih (sesetengah org suka kari yg masam sikit)

  • Masukkan santan dr ½ biji kelapa dan biar hingga santan pecah minyak.
  • Masukkan garam secukup rasa.

  • Masukkan kacang bendi dan biar hingga lembut.
  • Masukkan ikan goreng dan hirisan tomato. Kacau sebentar dan tutup api.

 

                      ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ