biskut, Resipi

Snow Almond

 

Nak jadi rezki, google dlm internet jumpa lah biskut yg digemari dan sempat buat utk Hari Raya Eidul Fitri 1439H baru-baru ni.

Ikut saja resepi yg terjumpa tu. Terima kasih kepada Yatie tuanempunya blog Sinar Kehidupanku, yang telah berkongsi resepi Snow Almond.

Bahan A :

  • 260g mentega
  • 150g gula kastor
  • 1 ct esen vanila

Bahan B :

  • 300g tepung gandum
  • 50g tepung kastad
  • 50g susu tepung
  • 40g tepung jagung
  • 50g serbuk badam

Hiasan : coklat masakan & breadcrumbs putih

Cara-cara membuatnya :

  • Pukul Bahan A hingga berkrim.
  • Masukkan Bahan B dan uli hingga menjadi doh.

  • Canai(guna sekeping plastik utk tutup doh supaya ia tidak melekat pd ‘rolling pin’) dan terap dengan acuan disukai.
  • Bakar pd suhu 140°C  selama 30 minit.

snow almond

Sejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yg dicairkan secara  double-boiler dan golekkan biskut ke dalam breadcrumb.

              ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.