makanan laut, Resipi, Sambal

Sambal tumis udang galah

 

Adik (pak ngah) telah bagi kami udang galah. جزاكَ اللَّه خيرًا كثيرًا

Boleh la untuk dimakan 6, 7 orang.

Udang dipotong bahagian depannya dan dibuang kantung lumpur.

 

  • 2 genggam cili kering dipotong kecil dan direbus hingga kembang.
  • Basuh cili dan mesin dengan secubit belacan (jika suka)
  • Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis 5 ulas bwg putih yg dicincang hingga kuning keemasan.
  • Masukkan cili mesin.
  • Biar cili betul2 masak dan wangi.
  • Masukkan hirisan 3 biji bwg besar.
  • Masukkan sedikit air asam jawa.
  • Teruskan masak hingga bwg besar menjadi lembut.
  • Masukkan sedikit gula.
  • Masukkan udang, tambah sedikit air jika perlukan kuah atau biarkan kuah yg berpalit saja.
sambal tumis udang galah

الحمد للَّه

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.