Resipi, Sambal

Sambal sira

Kelmarin tak masak….makan lauk tunjuk ja.Dalam lauk2 tunjuk tu ada satu lauk,sambal sira.Nak puas makan, hari ni masak sendiri sambal sira. Ambek hang…….

Sambal sira

  • Tumis bawang besar ( 1 biji).  Fry the sliced onion ( 1 onion).
  • Bila bawang hampir kekuningan masukkan bawang putih (3 ulas) yang dihiris halus. When the onion slices are almost brown,throw in chopped garlic (3 cloves).
  • Goreng hingga kuning keemasan. Fry till golden brown.
  • Masukkan cili kering mesin (1 genggam cili kering).Goreng hingga wangi. Add in blended dried chillies (1 handful of dried chillies).Fry chillies till aromatic.

  • Masukkan air asam jawa.Biar sebentar. Add in tamarind juice.Let it cook for awhile.
  • Air asam jawa. Tamarind juice.
  • Masukkan 3 camca besar gula putih dan sedikit garam(garam tak leh banyak,sebab takut ikan bilis tu pun masin juga).Selalunya bila masukkan gula,cili akan menjadi  lebih gelap warnanya(ada chemistry tu agaknya,karbon dalam gula bertindak dgn.haba). Add in 3 tablespoons of sugar and a little salt(a little salt will do,’cos the anchovies we’ll be adding in might be too salty).  Normally the gravy will turn darker in colour {a nice shade} after adding in sugar ( maybe there’s some chemistry involved,the carbon in the sugar reacts with the heat).
Sediakan/Prepare :

  • Ubi kentang dikupas kulit ,belah dua dan hiris nipis (jangan nipis sangat).Rebus sebentar { 3/4 masak }sebelum digoreng. Ni petua Chef Sabri di radio IKIM untuk buat french fries. Peel potatoes,cut into halves and slice them(not too thin).Parboil before frying them.
  • Goreng kentang. Fry the potato slices.
  • Kentang goreng. Fried potatoes. 

  • Goreng ikan bilis hingga garing. Fry anchovies till crispy.
  • Dengan minyak yang sama,tetapi dengan api yang kecil goreng kacang tanah. With the same oil,but with a small flame,fry groundnuts.
  • Ketiga-tiga bahan yang telah digoreng. The 3 fried items.
  • Masukkan ketiga -tiga bahan yang digoreng ke dalam kuah dan kacau rata hingga berpalit dan agak kering. Add in the 3 fried items and stir well so as the items will be thoroughly coated with the chilly gravy and let it be a bit dry.

Alhamdulillah.Dah siap.Sambal sira ni sedap dimakan dengan nasi,roti,ubi kayu rebus,pulut kukus atau colek dengan timun atau jenis salad. Alhamdulilllah.It’s done.Nice to be taken with rice,bread,boiled tapioca,steamed glutinous rice or vegetables (e.g.cucumber or iceberg lettuce).

Versi sambal sira tempe

2 Comments to “Sambal sira”

  1. afif

    Salam tuan rumah,

    Saya pelajar malaysia die bumi United Kingdom. Dah lame saya teringin nak makan sambal bilis kentang sira, baru ni dpt x smpai dua hari licin haha. Saya nak tanya, berapa lama sambal sira ni boleh bertahan lepas kentang+bilis+kacang disira?

    Afif

    Reply
    1. admin Author

      Waalaikumussalam Afif,

      Pertamanya,terima kasih kerana sudi singgah di blog kami ni. Tentang sira bilis,kacang & kentang tu kami x berani jamin lama mana ia boleh bertahan sbb.kami pun smpai dua hari juga dah langsai (kita serupa….. lol). Bilis dan kacang yg asalnya bahan2 kering,mungkin boleh tahan lama tapi kentang mungkin akan cepat rosak. Masukkan ke dlm bekas kedap udara dan simpan dlm.fridge,insyaAllah boleh bertahan sikit lagi (tu pun bukan semua makanan yg disimpan dlm fridge boleh kekal segar,ada had juga).Wallah huaqlam.

      Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.