Resipi, Sambal

Sambal Petai Tempoyak

14 Romadhon 1435H

Petai termasuk dalam golongan buah-buahan  yang bermusim di Malaysia dan negara2 yang seiklim.Bila nampak adanya durian,rambutan,manggis dll. dijual di tepi2 jalan, nanti lah petai pula.

Parkia speciosa

Arwah mak (Chinese Muslim) pernah bagi tau yang orang Cina panggil petai ‘chau tau’ bermakna kacang busuk.

 

Sambal petai tempoyak

  • Perisi petai.Remove the seeds from the pods.
  • Ada orang suka makan dengan kulit,katanya ubat. There’re those who like to have the ‘petai’ taken together with the pods intact, for medicinal purposes.

  • 1~2 genggam cili kering dibuang biji dan direbus hingga kembang.Mesin hingga lumat. 1~2 handfuls of dried chillies, remove seeds and boil til softened.
  • Sediakan udang hidup. Have some fresh prawns.
  • Tempoyak (orang utara panggil asam durian). Fermented (sour) durian.

  • Tumis 5 biji bawang putih dalam minyak panas hingga kuning keemasan. Fry 5 pips of garlic in hot cooking oil til golden brown.
  • Masukkan cili mesin.  Add in the blended dried chillies. 
  • Goreng hingga cili betul2 masak. Fry til aromatic and the chillies are thoroughly cooked.
  • Tambah air dan masukkan petai. Add water and ‘petai’.

  • Tutup kuali dan biar petai empuk (sesetengah orang sukakan petai yang separuh masak). Cover the wok and let the ‘petai’ softened (some may like it half cooked).
  • Tambah air jika perlu untuk melembutkan lagi petai. Add more water if required to soften the beans further.
  • Masukkan 3~5 cb. tempoyak.Masak sebentar dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Add in 3~5 tbsp of fermented durian.Cook for awhile and add in salt and sugar to taste.
  • Masukkan udang dan biar udang masak. Add in prawns and let it cooked.

                                 ٱﻟﺤَﻤْﺪُﻟﻠﻪ …….

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.