Kuih-muih, Resipi

Puteri 2 sebilik / Tepung bungkus

 

Ada ahli keluarga yg suka makan tepung bungkus, kita ikut majoriti naaa…….Sehari satu jenis kuih boleh la untuk berbuka, tak larat bnyk2 jenis sebab satu jenis pun jenuh. Nyoq dan daun pisang dari pokok sendiri.

الحمد للَّه

Kredit kepada :  My Resipi

A  Untuk inti :

Oleh sebab kelapa tu dah belah dari sebiji kelapa, jadi kami buat lebih inti {double}, boleh disimpan dlm fridge utk kegunaan di lain kali. Ikut la resipi asal yg mengguna sukatan cawan, ok?

  • Masukkan kelapa parut(½ biji) dan gula merah(1 cwn) dlm kuali.
  • Masukkan air ¾ cwn.
  • Secubit garam
  • Kacau hingga hampir pekat dan masukkan larutan tepung gandum.
  • 1sb tepung gandum dilarutkan dengan sedikit air.
  • Kacau hingga pekat dan boleh digempalkan jadi bebola.

Celup hujung jari dlm minyak masak dan bentukkan inti menjadi bebola besar sikit dr guli. Dapatkan sebanyak 34 biji (17 x 2)

 

 

B   Untuk “bilik puteri” :

  • Masukkan 1 cwn tepung beras ke dalam kuali.
  • Tuangkan santan pekat (kami guna sebiji kelapa parut yg diblend dgn 4 cwn air)
  • 1 st garam
  • Kacau hingga sebati dan pasang api sederhana.
  • Kacau hingga pekat dan agak berkilat.

C   Untuk puteri :

  • 1 cwn tepung pulut
  • ½ cwn air (jgn tuang sekaligus)
  • Secubit garam
  • Celup hujung jari dgn sikit minyak masak dan bulat2kan doh besar2 sikit dari guli.
  • Balut setiap bebola inti dgn bebola tepung pulut ini.
  • Campakkan bebola  dalam “bilik puteri” yg dimasak tadi.

  • Potong daun pisang mcm dok buat lepat tu. Celur dalam air panas (sehelai2). Lap kering.
  • Ceduk 2 biji puteri dgn bilik puteri dan letak di atas daun pisang.
  • Lipat bungkusan kemas2 dan atur dalam pengukus. Kukus selama 15 minit.
  • Selepas masak, tunggu hingga betul2 sejuk baru dihidang. Kalau nak cepat, masukkan ke dalam fridge bila kuih suam2 kuku.

 

Puteri 2 sebilik / Tepung bungkus

الحمد للَّه

Terima kasih kepada semua ahli keluarga yg membantu.  😍😘

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.