Resipi, Sayur

Baji kentang/Potato Wedges homemade

 

Sebelum tahu cara nak buat baji kentang/potato wedges, selalu dok hairan camna ubi kentang yg dipotong tebal ni boleh masak di dalamnya bila digoreng. Tak hangit pula tu. 🤔

الحمد للَّه

Terima kasih kepada chef Sabri Hasan yg tidak lokek berkongsi tips membuat potato wedges, di radio IKIM lebih sedekad yg lalu.

جزاكَ اللَّه خيرا كثيرا

Caranya dengan kaedah parboil. (To cook partially by boiling for a brief period: parboiled and then sautéed the new potatoes.)

  • Sediakan ubi kentang (ikut suka nak makan banyak mana)
  • Kupas kulit, basuh dan potong wedges ( kami belah 4 ja)
  • Rebus ¾ masak. Bila air rebusan kentang dah mula gelegak, bagi masa 15 hingga 20 minit sebelum padam api. Jangan terlajak, nanti relai pula isi dia.
  • Angkat dan sejat airnya.
  • Panaskan minyak macam nak goreng cucur tu.
  • Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
  • Hidang dengan sos kegemaran, seperti cheese sauce/dip, mayonnaise dsb.

Baji kentang/Potato wedges

الحمد للَّه

Siap untuk iftaar dan moreh.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.