Noodles, Resipi

Pasta

 

Sekali sekala (kalau boleh selalu 🤭) nak masak ringkas2, nak pula masa berpuasa ni. Dah ada yg sanggup(volunteer) nak masak, الحمد للَّه

Depa nak buat masakan pasta, cara2 kita la……

2 pasta pilihan :  fettuccine & spaghetti. Satu macam koay teow, satu macam mee.🙂

2 jenis sos : carbonara & marinara

Bwg Belanda (5 biji), bwg putih (2 labu) dan lada Benggala (capsicum merah 2 biji & hijau 1 biji) dirincih halus. Yang kami buat ni, jumlahnya untuk 3 jenis sos yg akan dibuat.

Guna mentega dan minyak zaitun utk tumis bwg dan lada Benggala.

  • Cincang burger lembu hingga lumat.
  • Masukkan daging cincang ke dalam tumisan bwg dan lada Benggala.
  • Masukkan sos pasta tomato. Kacau rata.

  • Masukkan bebola daging ke dalam tumisan bwg dan lada Benggala.
  • Masukkan sos pasta berkrim. Kacau rata.

  • Masukkan isi tuna ke dalam tumisan bwg dan lada Benggala.
  • Masukkan sos pasta tomato. Kacau bagi tuna sebati dgn sos.

Rebus pasta.

Sempat siapkan fettuccine dulu. Waktu iftaar dah dekat sangat. Spaghetti lambat sikit nuu…..🙂

hidangan fettuccine

الحمد للَّه 🤲

Rezki utk iftaar.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.