Nasi, Resipi

Nasi daging

 

Ada cadangan dari ahli keluarga untuk masak nasi daging. Orait.

إن شآء االلََّه

Awal pagi dah pergi market untuk dapatkan bahan2. الحمد للَّه

  • Daging siap dihiris oleh penjual daging.

  • Basuh dan rebus daging hingga empuk
  • Sediakan bahan2 utk ditumis.
  • Panaskan minyak sapi atau minyak masak biasa.
  • Tumiskan daun pandan hingga layu dan masukkan hirisan bawang besar. Tumis hingga bawang lembut.
  • Masukkan hirisan bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga.
  • Goreng hingga kuning keemasan.
  • Masukkan daging yg telah direbus.
  • Masukkan air ikut sukatan beras {kami guna nisbah 1: 1.5}. Masukkan sedikit serbuk kunyit. Biar hingga air mendidih,
  • Setelah air mendidih, masukkan beras yg telah dibasuh dan disejat. Tutup periuk dan biar hingga masak.

Nasi daging

الحمد للَّه

Sedap dimakan dengan air asam.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.