Nasi, Resipi

Nasi ayam sos tiram

Beras 6 kole/6 mugs of rice
Air pada nisbah 1:1.5 / Water to the ratio of 1:1.5

  • 1 ekor ayam dipotong kecil . 1 chicken chopped into small pieces
  • Rebus ayam hingga empuk. Boil chicken till cooked.

  • Hiris halus bawang besar,bawang putih dan halia. Chop up 1 onion,pips of garlic and ginger.
  • Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi. Heat ghee in a rice cooker.
  • Tumis bawang besar dan daun pandan hingga lembut.Kemudian masukkan hirisan bawang putih dan halia.Biar hingga kuning keemasan. Fry the onion and screw-pine leaves till softened.Add in chopped garlic and ginger.Let it turn golden brown.
  • Masukkan 7 kole air rebusan ayam dan 2 kole air (kesemuanya 9 kole). Add in 7 mugs of chicken stock plus 2 mugs of water (9 mugs altogether).
  • Masukkan 3 sudu kayu sos tiram.Masukkan garam secukup rasa dan kacau. Add in 3 wooden spoons of oyster sauce.Add in salt to taste and give it a stir.
  • Tutup periuk nasi dan biar air rebusan ayam ini mendidih. Cover the rice cooker with its lid and let the chicken stock boils.
  • Masukkan beras yang telah dicuci bersih.Tutup periuk dan biar sehingga masak. Add in the washed rice grains.Cover the rice cooker and let the rice cook.
Sementara itu /Meanwhile

Lumur ayam rebus dengan sos tiram secukupnya.Perap sebentar dan goreng.Goreng kesemua sekaligus dengan sedikit minyak dalam kuali. Rub a generous amount of oyster sauce to the boiled chicken pieces.Marinade for awhile and then stir fry them.Fry all in one shot in a wok with little cooking oil.

الحمد للَّه

Dah siap.   It’s ready.

 

 

Cabai/cili cuka:
Homemade vinaigrette chillies:

  • Mesin cili merah,seulas bawang putih,seulas bawang merah/sehiris bawang besar dengan sedikit cuka.Tambah sedikit air masak jika sos nampak pekat.
    Blend red chillies, a pip of garlic,1 shallot/slice of onion with some vinegar.Add a little water if the dip seems a bit thick.
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa.Sos mesti mempunyai rasa masam2 manis. Add in sugar and salt to taste.This dip should taste sweet sourish.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.