Resipi, Sayur

Munggai Masak Lemak Kari

Kawan adik (maksu Na) bagi 3 batang buah munggai (sebiji lebihkurang 2 1/2 kaki). Buah munggai ni ada beberapa saiz dan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Digemari oleh masyarakat India dan sesetengah orang Melayu. Ia boleh diolah dalam berbagai masakan.

Hari ni cadang2 tu nak masak Lemak Kari ja.

Bahan-bahan :

3 peket kecil rempah ikan kering, kacang dhall (200g), 3 biji cili kering(dipotong pendek), 1 1/2 inci halia, 5 ulas bwg putih, 3 biji bwg besar, 3 pelepah daun kari dan munggai (disiat kulit)

Udang ikut suka nak boh banyak mana. Banyak udang, gulai lebih manis. Ikut lah, nak jadi gulai udang ka gulai munggai, he he. Buang kantung lumpur pada udang.

Cara-cara membuatnya:

  • Rebus naik kacang parpu/dhal(dapatkan yg mudah hancur),rempah dengan santan cair dari 1 biji kelapa yg besar. Jika beli santan pekat dr pasar, rebus naik dhal dan rempah dengan air saja.

  • Bila kacang dhal dah empuk dan hancur, masukkan udang dan munggai.
  • Bila munggai dah empuk,masukkan garam secukup rasa dan santan pekat. Jangan biar santan pecah minyak. Tutup api.

TUMIS DARAT :

  • Tumis daun kari, hirisan cili kering, bwg putih, bwg besar dan halia dalam kuali hingga kuning keemasan.
  • Tuang ke dalam kari yg sudah masak dan kacau rata. Siap utk dihidang.

 

                   ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.