Resipi, Sayur

Lemak putih kucai

 

 

Benih kucai yang diambil dari rumah mentua ni dah boleh dituai dah. 😍 Boleh la diambil separuh untuk lauk hari ni.

Bahan-bahan lain kita cari di market.

Udang kering, tauge, taukua, cili merah dan bawang besar. Kucai dipotong pendik-pendik.

Sedikit santan pekat.

Masukkan hirisan taukua, bwg besar dan udang kering ke dalam periuk. Masukkan air agak-agak tengelam semua bahan-bahan ini. Masukkan seketul kiub ikan bilis atau secukup rasa jika suka. Rebus hingga taukua dan udang kering masak.

Masukkan hirisan kucai dan hirisan cili merah. Biarkan hingga kucai kelihatan lembut. Masukkan tauge dan kacau sebentar. Masukkan garam secukup rasa.

Tuangkan santan. Timbuk supaya santan tak pecah minyak. Tutup api.

الحمد للَّه

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.