Ikan, Resipi

Lemak kari talang kering

 

Ikan talang , double spotted queenfish seperti ikan gelama mempunyai rasa yg sedikit tawar. Kemungkinan itu lah sebabnya ikan2 ini sering dijadikan ikan masin.

Lemak kari ni kalau makan dengan nasi lemak pun sesuai. Kali ni nak buat lemak kari ikan talang kering. Gu dengan nenas.

Talang kering dipotong2 (termasuk tulang) dan direndam lebihkurang 1/2 jam.

  • Rebus naik rempah dengan air (atau santan cair jika menggunakan kelapa sendiri), seperti kita merebus cili mesin utk masak asam pedas. Pastikan rempah betul2 masak (ambil bau dia).
  • Masukkan hirisan2 nenas. Masak hingga nenas lembut .
  • Masukkan ikan talang. Biar hingga ikan masak.
  • Masukkan santan pekat. Kacau sebati. Timbuk2 supaya santan tak pecah minyak. Tutup api.

Tumis darat :

  • Pijarkan minyak masak. Masukkan cili kering yg dipotong2 pendek dan daun kari. Goreng hingga garing (jgn hangit).
  • Masukkan hirisan bawang besar, bwg putih dan halia. Goreng hingga kuning keemasan.
  • Tuang ke dalam periuk kari tadi.
  • Kacau sebati.

الحمد للَّه

 

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.