Noodles, Resipi

Laksa ikan mata besar

 

Teringin nak makan laksa asam masa PKP ni. Tak pa untuk orang yg rapat tu kita hantar ja. Ketua keluarga pi cari semua bahan di market.

Dapat ikan mata besar, sesetengah orang panggil ikan Uji Rashid (Uji kan mata besar, cantik)😍

Suka sangat dapat ikan ni.  الحمد للَّه  Rasanya tetap manis macam ikan kembung tu, cumanya ikan ni lebih besar, maka senanglah kerja menyiang, tak renyah. 😊 Big eye scad 

Masa nak siang tu dok berhati2 dengan duri di bawah perut tu.

Garis sisi pada ikan mata besar perlu dibuang.

Lepas siang bagai, cuci bersih2 dan rebus. Lepas tu boleh asingkan isi dan tulang. Blend isi hingga halus. Tulang diblend berasingan.

Masak kuah cili :

  • 2 genggam cili kering (utk ikan 2 kg) dibuang biji, potong pendik dan rebus hingga lembut.
  • Cili kemudian diblend dengan 3 biji bwg besar dan hirisan lengkuas

  • Serai dititik saja. Tangkai bunga kantan dititik juga.
  • Belacan tak letak pun tak apa.
  • 1 genggam asam keping
  • Sedikit daun cenenghom/kesum
  • Nak letak nenas pun ok. Nak masukkan pudina, ok juga.
  • Nak bubuh kiub ikan bilis atau blend ikan bilis (segenggam) pun boleh.
  • Rebus naik kesemua bahan2 sehingga cili benar2 masak.

Lepas kuah cili dah masak, masukkan isi ikan yg telah diblend. Kalau kuah pekat, masukkan air tulang ikan tadi. Kalau kuah agak cair, air tulang boleh disimpan dalam peti ais( bila kuah diperhangat berkali2 dan menjadi pekat) boleh diguna air tulang tu kemudian. Sebatikan isi ikan dengan kuah.Masukkan garam secukup rasa, serbuk cukup rasa dan boleh tutup api.

Laksa, boleh guna laksa basah atau laksa kering yg direndam dan dicelur.

Laksa asam ikan mata besar

الحمد للَّه

Rampainya ikut selera masing2. Kalau yg suka petis, boleh sj.

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.