Kuih-muih, Resipi

Kuih Cara

 

Ada ahli keluarga suka makan kuih cara. Cari dlm google, kita derhaka sikit pd resepi.

الحمد للَّه

Acuan kuih cara dah ada, lama tak guna.

Sediakan: 

Sebiji kelapa yg kecil, (tak boleh guna mesin parut sbb kecil). Jadi kami hiris kecil2 dan nipis utk diblend.

7 helai daun pandan diblend bersama kelapa.

4 mug air utk blend kelapa dan daun pandan. (blend 2x)

2 butir telur

3 mug tepung gandum

  • Campur tepung gandum, telur dan air perahan santan dan daun pandan. Blend bancuhan ini supaya tiada lagi ketulan2 tepung. Biar sebentar sebelum masak.
  • Masukkan pewarna hijau, ikut suka nak gelap macamana.
  • Guna kole logam utk mengisi sedikit bancuhan setiap kali nak tuang bancuhan ke dalam acuan.

Minyak masak utk disapu pada acuan kuih cara. Setiap kali nak guna, seretkan daun pandan pd tepi mangkuk utk mengurangkan minyak.

Utk memasak kuih ini acuan mesti betul2 panas dulu supaya kuih tidak melekat pada acuan. Bila semua acuan dipenuhi bancuhan, masukkan ½ ct. gula pada setiap bancuhan kuih. Tutup acuan dengan tudung periuk kecil bertangkai. Guna api paling kecil. 5 minit sekali masak.

الحمد للَّه

 

 

Ada baki serunding ikan, depa nak letak pula. 😃

Terima kasih kpd Along n Anis yg sambung masak ( ¾ kerja masak) 😍😘

Kredit kepada Dari Dapur

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.