Kuih-muih, Resipi

Kuih Buah Melaka

 

Teka teki orang Melayu berbunyi, buah apa yg bila masak ia timbul ke atas? Nah…..bukan masak di pokok, tapi masak di dalam periuk. 😃

Buah melaka yg di pokok pun ada.

سبحان اللَّه

Bulat dah sama dah, cuma kuih buah melaka ada kelapa parut di luar.

Kuih Buah Melaka

Kredit kepada :  Kompilasi Himpunan Resipi

RESEPI KUIH BUAH MELAKA

BAHAN – BAHAN

1 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung beras
5 helai daun pandan
Gula melaka di potong kiub kecil
Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa)
Sedikit pewarna hijau

 

 CARA – CARA MEMBUATNYA

  • Didihkan air 3/4 penuh dalam periuk.Kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapis. Kemudian campur air pandan tadi dengan sedikit pewarna hijau dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung pulut dan tepung beras sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.Salut buah melaka dengan kelapa parut di campur dengan sedikit garam, gaul rata dan hidangkan

 

  • Sediakan gula melaka.
  • Potong dadu untuk inti kuih.

  • Sediakan doh (di sini kami guna sukatan mug dan doublekan sukatan dia, sbb nak lebih kuih dia) 😌 Kami guna 7 helai daun pandan. Air 1¼ mug utk blend daun pandan.
  • Gentel bulat2, besar sikit dari buah guli.
  • Masukkan inti dan bulat2kan kembali. Atur di dalam talam yg disapu minyak masak.(Kami lapik talam dengan daun pisang yg disapu minyak)
  • Sediakan satu periuk dengan air yg sentiasa gelegak.
  • Masukkan setiap buah dlm air gelegak. Bila kuih dah timbul, bermakna dia telah masak.
  • Kaup kuih yg dah masak ke dalam penapis logam, sejat sebentar.
  • Tuang kuih ke dalam kelapa parut yg digaul sedikit garam dan dikukus sebentar. Golek2kan dalam kelapa dan letakkan ke dalam piring utk dihidang.

Kuih buah melaka

الحمد للَّه

 


 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.