Kuih-muih, Resipi

Karipap giant

 

 

Semua nak makan karipap giant. Giant pun tak giant sangat, dua kali ganda yang biasa tu. Karipap giant ni makan dia kena gu dengan jeruk bawang. 😋 Jeruk cuka kena siap awal sebelum buat karipap.

  • Sediakan 2 biji bwg besar dan 11 biji cili padi. Hiris nipis kesemuanya.
  • Masukkan ke dalam bekas kaca.
  • Masukkan 5 cb gula dan sedikit garam.
  • Tuang cuka hingga menutupi bwg dan cili. Kacau sebati.
  • Selepas 3,4 jam boleh nampak kelainannya.

Untuk inti :

Sediakan hirisan daging dan bwg besar. 1 kg daging dan 3 biji bwg besar.

Dadukan sekilo ubi kentang dan rebus asing hingga empuk.

  • Tumis hirisan 5 ulas bwg putih hingga kuning.
  • Masukkan sedikit air dan 2 sb serbuk lada hitam.
  • Masukkan daging dan bwg besar, tambah air dan masak hingga daging empuk dan kering.
  • Tambah air jika perlu untuk empukkan daging dan tutup kuali/periuk dengan tudung.
  • Bila daging dah empuk, dan air dah kering, masukkan kentang rebus dan hirisan cili merah dan daun sup (kami tak ada stok daun sup 😒 )

Siap inti…

الحمد للَّه

 

Untuk kulit karipap :

Kredit kepada : Sinar Kehidupanku

BAHAN2:

  • 500gm Tepung gandum
  • 50gm Tepung Beras
  • 50gm Tepung Ubi
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 sudu kecil Garam
  • 3 sudu besar Majerin*
  • 1/4 cwn Minyak masak* (* panaskan)
  • 1 cawan air-tuang sikit demi sedikit

CARA2:

  1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
  2. Tuangkan minyak panas & gaul rata.
  3. Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.
  4. Bahagikan doh kpd bebola kecil.
  5. Leperkan & isi dgn inti kegemaran, tutup dan klim kemas2.
  6. Buat sehingga habis. Goreng dgn minyak yg banyak sehingga garing.
    Angkat dan toskan. Saya goreng guna api sederhana je. Karipap ni lebih rangup sekiranya di goreng 2 kali. Walau di goreng lagi, karipap ni tetap tak berminyak.

 

Karipap

 

الحمد للَّه

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.