Resipi, Sayur

Kari rebung dgn kambing

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

Terbaca satu artikel tentang khasiat (health benefits of bamboo shoots) rebung. Bagus rebung ni, tapi kita selalu difahamkan bahawa rebung tu bisa, angin dan boleh sakit urat.

Lama juga tak makan rebung jeruk ni. Hari ni nak buat kari rebung dengan daging kambing. Rebung masam ni mudah juga nak dapat di market di sini.

     ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ

Basuh bersih2 dan sejat.

1 kg daging kambing dibasuh bersih dan sejat.

Sediakan bahan2 utk ditumis dan santan.

  • Panaskan 1 cwn. minyak masak. Tumis daun karupulai dulu hingga garing. Masukkan hirisan bwg besar, bwg putih dan halia. Tumis hingga lembut. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih. Goreng hingga bwg dan halia kekuningan.
  • Masukkan sedikit air dan serbuk rempah. Kacau hingga rempah dan air menjadi pes.
  • Goreng hingga pecah minyak dan rempah menjadi wangi.

  • Masukkan kerisik, santan dan daging.
  • Bila daging dah empuk masukkan rebung. Masak hingga rebung sebati dengan rempah. Masukkan garam secukup rasa.

{gara2 terlebih garam, kuah kami menjadi ceroi(cair), huhu}

           ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.