Ikan, Resipi

Kari kekacang

 

Encik somi beli ikan campur2 yg baru naik dari bot. Ada ikan kikik, gelama dan seekor kekacang. Gelama buat goreng ja. Ada peminat gelama goreng ni. Kekacang, kita buat kari ja. Kikik/kekek , simpan dulu.

Katam ikan kekacang dan cuci bersih.

Rampai untuk kari ikut la kegemaran. Kami guna terung panjang(1 biji) dan bendi.

  • Tumis daun kari dulu. Agak2 lembut, masukkan hirisan bwg besar dan bwg putih. Biar hingga kuning keemasan.

Masukkan jintan putih, biar sebentar.

  • Masukkan rempah ikan, 2 senduk kari (kami guna peket besar, tu kena sukat dgn senduk). Kalau guna peket kecil, gunalah 2 atau 3 peket (terpulang nak rasa lebih rempah ka tidak)
  • Tambah sedikit air, kacau sebati serbuk kari.
  • Biar hingga rempah pecah minyak dan wangi.
  • Tambah sedikit air lagi.

  • Masukkan air asam jawa. Yang ni berbeza pada citarasa masing2. Ada orang suka kari ikan masam2 sikit.
  • Biar asam jawa sebati dengan rempah. Bagi gulai didih.

  • Masukkan santan dari ½ biji kelapa. Biar hingga santan pecah minyak dan sebati dengan rempah.
  • Bila kari dah masak, masukkan terung dan biar hingga terung empuk.
  • Kemudian masukkan bendi dan ikan.
  • Bila ikan dah masak (mata dia dah timbul dan rona putih), tutup api.
  • Masukkan garam secukup rasa.

Kari ikan kekacang

الحمد للَّه

Kredit kepada Anis yg memasak. 😘

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.