Resipi, Sambal

Inti kelapa pedas

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

 

Inti kelapa pedas ni boleh dibuat untuk cucur badak, pulut inti, atau makan/cicah dengan daun salad dan ulam2 lain.

Inti kelapa pedas

  • 1 genggam cili kering dipotong pendek2 dan rebus bagi lembut. Masukkan ke dalam blender.
  • 1 batang serai dan 1 biji bwg besar dihiris nipis dan campurkan dengan cili kering.
  • Masukkan 1ct jintan manis (kalau tak ada bleh guna serbuk jintan manis, tapi masukkan semasa menumis cili)
  • Campurkan sedikit air dan mesin hingga lumat.

 

  • Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis cili mesin.Tambah 1ct serbuk kunyit dan 1ct serbuk jintan manis. Masak hingga wangi dan betul2 masak.
  • Masukkan 1 genggam geragau (udang kepal) dan tambah sedikit air. Kacau dan biarkan sebentar.
  • Masukkan kelapa parut dan kacau rata. Masak hingga kering macam serunding.

الحمد للَّه

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.