cucur, Resipi

Coq Ikan Bilis

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

Ada berbaki lagi kucai yg dituai di belakang rumah 2,3 hari lepas. Buat coq ikan bilis la jawabnya.

Cucur kucai bilis

2 genggam ikan bilis diperisi (terutama tulang 😒 bahaya )

Hiris nipis 3 biji bwg besar dan 1 cekak daun kucai.

Satukan hirisan bwg besar,kucai dan ikan bilis dalam satu mangkuk besar atau besen.

Masukkan 1cb gula, garam dan sedikit serbuk secukup rasa. Gaul rata.

Masukkan 4 kole/mug air. Kacau rata.

Tepung gandum

Masukkan 4 kole/mug tepung gandum. Tabur/peroi sedikit tepung di atas bancuhan dan boleh digoreng dalam minyak dalam yang panas. Kaup/jemput di permukaan bancuhan supaya terperangkap udara.Masukkan ke dalam minyak panas.Goreng hingga kuning keemasan.

الحمد للَّه

Sedap dimakan dengan sebarang sos atau dimakan begitu saja. Kami cicah dengan sos cili cuka ja……

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.