Ayam, Resipi

Ayam masak merah

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

Punca yg boleh buat nasi hujan panas, ayam ni la……😄 Dok pikiaq (fikir) nak masak apa ayam ni…. buat pi la ayam masak merah 😅

  • Cuci bersih ayam. Lumur garam kunyit.
  • Goreng ayam, tak payah garing sangat.

Sediakan bahan2 utk menumis. Ketuk serai dan hiris halus sebiji bwg besar( 2 biji lagi dihiris dan masukkan ke dalam kuah utk memaniskan kuah), bwg putih dan halia.

  • Sos tomato utk mendapatkan rasa masam sedikit pada kuah.
  • Serbuk rempah daging setengah peket kecil.
  • Santan anggaran RM2
  • Panaskan minyak dan tumiskan serai yg telah diketuk. Tumis hingga kekuningan. Agak2 kuning masukkan hirisan bwg, bwg putih dan halia serta rempah ratus.
  • Masukkan cili kering (1 genggam) yg telah dimesin halus.
  • Masukkan 1/2 peket kecil rempah daging dan gaul rata. Masak hingga garing dan wangi.
  • Masukkan hirisan 2 biji bwg besar dan santan. Masak hingga santan pecah minyak dan bwg lembut.
  • Masukkan 1 senduk sos tomato dan masak hingga sos sebati dengan cili. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  • Masukkan kacang peas tin, daun pudina dan ayam goreng. Kacau rata dan siap untuk dihidang.

الحمد للَّه

Terima kasih kepada Anis yg telah bnyk membantu.😘

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.