Ayam, Resipi

Ayam masak kicap

 

Ayam masak kicap, masakan yg sesuai utk semua, baik kanak2 atau dewasa. Tak kalut terjelir2 lidah, pedas…😅. Nak masak pun tak banyak songeh.

Sediakan 1 ekor ayam. Potong kecil, cuci bersih.

  • Tumis hirisan bwg putih (5 ulas) dan halia (2 inci) hingga kuning keemasan.
  • Masukkan sedikit air.
  • Masukkan 1 senduk sos tiram, sedikit kicap ikan (ganti garam), kicap mee (utk gelapkan kuah,tapi jgn gelap sangat)
  • 2 sb serbuk lada hitam
  • 2 sb gula
  • 2 sb cuka
  • Kacau sebati kuah.
  • Masukkan ayam. Kacau sebati dan tutup kuali dengan tudung utk empukkan ayam.

  • Bila ayam dah empuk, kacau hingga kuah pekat.
  • Masukkan hirisan 2 biji bwg besar, cili merah dan cili padi. Biar bwg lembut.

 

Ayam masak kicap

الحمد للَّه

rezki utk iftaar dan sahur.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.