Ayam, Resipi

Ayam goreng rangup

 

Kita bagi laluan untuk Angah masak hari ni. Angah nak buat Ayam goreng rangup.

الحمد للَّه

Ayam dah siap diproses oleh “kitchen helper”  😌

Perap 1 ekor ayam dengan :

1 sb thyme

2 sb paprika

1 sb serbuk cili

2 sb serbuk jintan manis

1 sb serbuk ketumbar

2 sb serbuk lada Aji Shio

1 sb cuka

Garam secukup rasa

1½ mug tepung gandum

  • Bancuh bahan2 di atas untuk salutan. Bancuh dengan air, jgn terlalu cair atau terlalu pekat.
  • Perap 2 — 3 jam.

Salutkan ayam dengan tepung gandum yg dicampur sedikit garam.(kita bedakkan dia 😅)

Goreng dlm minyak yg banyak (deep fry)

Ayam goreng rangup

الحمد للَّه

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.