Buah, cucur, Resipi

Coq pisang raja/ Pisang raja goreng

 

Pisang goreng atau bahasa orang utara coq pisang, menjadi kegemaran(favourite) ramai. Kalau tidak, tak ada la istilah “macam goreng pisang panas” utk sesuatu yg jadi rebutan atau permintaan ramai pada sesuatu masa. Dari orang2 tua dulu, goreng pisang panas dimakan pada waktu petang(tea time) dengan kopi panas. 😋 Memang sedap kalau makan masa suam2 gitu.

Jenis2 pisang yg sesuai buat pisang goreng ialah pisang awak, pisang abu/nipah, pisang raja, pisang nangka dan beberapa lain.

Hari ni kami beli pisang raja utk digoreng. Pisang ni sesuai utk serawa, utk bubur asyura juga.

Satu sikat.

Pisang dikupas kulit dan dibelah dua. Isi dia tak tebal sangat, jadi tak boleh nak belah tiga.

Buat bancuhan tepung kegemaran dan masukkan pisang ke dalam tepung. Di sini kami suka buat bancuhan ringkas tepung beras, sedikit garam, sedikit air kapur dan air. Bancuhan tak pekat.

Goreng dalam minyak yg banyak dan panas. Goreng hingga kuning keemasan dan tepung rangup.

pisang raja goreng

الحمد للَّه

Makan begitu saja atau cicah dengan sambal kicap atau sos cheese atau apa2 sos kegemaran. 😍

Noodles, Resipi

Pasta

 

Sekali sekala (kalau boleh selalu 🤭) nak masak ringkas2, nak pula masa berpuasa ni. Dah ada yg sanggup(volunteer) nak masak, الحمد للَّه

Depa nak buat masakan pasta, cara2 kita la……

2 pasta pilihan :  fettuccine & spaghetti. Satu macam koay teow, satu macam mee.🙂

2 jenis sos : carbonara & marinara

Bwg Belanda (5 biji), bwg putih (2 labu) dan lada Benggala (capsicum merah 2 biji & hijau 1 biji) dirincih halus. Yang kami buat ni, jumlahnya untuk 3 jenis sos yg akan dibuat.

Guna mentega dan minyak zaitun utk tumis bwg dan lada Benggala.

  • Cincang burger lembu hingga lumat.
  • Masukkan daging cincang ke dalam tumisan bwg dan lada Benggala.
  • Masukkan sos pasta tomato. Kacau rata.

  • Masukkan bebola daging ke dalam tumisan bwg dan lada Benggala.
  • Masukkan sos pasta berkrim. Kacau rata.

  • Masukkan isi tuna ke dalam tumisan bwg dan lada Benggala.
  • Masukkan sos pasta tomato. Kacau bagi tuna sebati dgn sos.

Rebus pasta.

Sempat siapkan fettuccine dulu. Waktu iftaar dah dekat sangat. Spaghetti lambat sikit nuu…..🙂

hidangan fettuccine

الحمد للَّه 🤲

Rezki utk iftaar.