Daging, Resipi

Daging goreng kunyit

 

Daging goreng kunyit yg ringkas utk iftaar dan sahur (إن شآء اللَّه ) kalau tak kliaa masa iftaar. 😅

Perap daging dengan 1 sb jintan manis yg ditumbuk sikit, serbuk kunyit dan sedikit gula dan garam. Perap selama ½ jam.

  • Tumis hirisan bwg putih (5 ulas) dan halia (2 inci) hingga kuning.
  • Masukkan daging, kacau rata. Tambah air dan tutup kuali dgn tudung supaya daging mudah empuk.

  • Bila daging dah empuk, masukkan hirisan kentang. Tutup balik tudung kuali.
  • Bila ubi dah empuk, biar air (jika ada lagi) kering.

Masukkan hirisan (hirisan ring) bwg besar dan cili besar. Biar bwg lembut sedikit. Tutup api.

 

Daging goreng kunyit

الحمد للَّه

🤲

 

 

 

 

 

Resipi, Sayur

Baji kentang/Potato Wedges homemade

 

Sebelum tahu cara nak buat baji kentang/potato wedges, selalu dok hairan camna ubi kentang yg dipotong tebal ni boleh masak di dalamnya bila digoreng. Tak hangit pula tu. 🤔

الحمد للَّه

Terima kasih kepada chef Sabri Hasan yg tidak lokek berkongsi tips membuat potato wedges, di radio IKIM lebih sedekad yg lalu.

جزاكَ اللَّه خيرا كثيرا

Caranya dengan kaedah parboil. (To cook partially by boiling for a brief period: parboiled and then sautéed the new potatoes.)

  • Sediakan ubi kentang (ikut suka nak makan banyak mana)
  • Kupas kulit, basuh dan potong wedges ( kami belah 4 ja)
  • Rebus ¾ masak. Bila air rebusan kentang dah mula gelegak, bagi masa 15 hingga 20 minit sebelum padam api. Jangan terlajak, nanti relai pula isi dia.
  • Angkat dan sejat airnya.
  • Panaskan minyak macam nak goreng cucur tu.
  • Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
  • Hidang dengan sos kegemaran, seperti cheese sauce, mayonnaise dsb.

Baji kentang/Potato wedges

الحمد للَّه

Siap untuk iftaar dan moreh.