Aktiviti, Sungai

 

Suasana selepas hujan.Menjala ikan di kuala.  Net casting at the estuary,after the rain.

Memungut tangkapan

Dapat ikan kedera,tapi habih banyak kederat? Pasai sekali lempaq jala dapat sekoq ja.  Kesiaaannn……….  What a pity,after all the trouble, he ended up with one tiny fish.It’s okay,coz the fun is there.

Ikan kedera,jenis ikan yang kawan kita ni dapat. The fish caught by this guy was of this Mugil longimanus/macrolepis.The common name is tabilong.

Memancing

Sedara ni dapat ikan pedukang /bedukang.(Tachysurus leiotocephalus). Nak goreng utk.kucing-kucing di rumah katanya.Musim ujan mcm.ni ikan temenung mahai gila.Kucing plak tak kebuloq sangat sadin dlm.tin tu….pandai depa.Rezki memancing ni tak menentu.Kadang-kadang pedukang besaq-besaq.Yg.tu tuan buat gulai la…

Pelantar ikan

Pelantaq ikan di tambatan. A pier for the fishermen at the moorage.

Bot nelayan di tambatan persendirian. A fishing boat at an individual moorage.

Parking ramai-ramai.Besa tengok dak?Di Swettenham Pier Penang ada bot-bot mewah parking, mahai ooooo…kena caj parking, tapi di sini tak tau la berapa…… tak kena duit kot. Maybe there’s no moorage imposed here as compared to the Marina Bay.

Marina Bay,Swettenham Pier,Penang.

Marina Bay,Penang.

Bot-bot mewah parking di Marina Bay. Luxurious boats at the Marina Bay.

Ferry terminal

Yang ni tak kena caj parking,dah kerja dia…. No pierage imposed coz the ferry is for duty.

 

 

Ikan, Resipi

Cucur Ikan

 

Clupeioides lile

Ikan cencang rebung(Clupeioides lile) sejenis ikan laut. Harga semasa (20/12/11) di salah sebuah market di Bagan (Butterworth) ialah RM 5.00 sekilo. Sejenis ikan laut lain yg.seakan ikan ini ialah ikan bunga air (Itolephorus spp dan Engraulis spp).Badan ikan bunga air kembung sikit,sebaliknya ikan cencang rebung leper atau pipih. A marine fish.

 Sedap dibuat cucur atau masak pindang (kami panggil asam pedas kuning).

Cucur ikan

Kalau nak buat cucoq,kena buang tulang.

  • Buang kepala,ekor dan perut.Cuci bersih dan sejat airnya.Leperkan ikan dengan menekan isinya dari arah dalam perut. Remove the heads,tail fins and gills and entrails.Wash thoroughly and drain off the water.Flatten it out.
  • Perlahan-lahan tanggalkan tulang. Gently remove the central bone.
  • Sediakan bancuhan tepung seperti membuat pisang goreng (cucoq pisang).Bancuhan tepung ni terpulang kepada kesukaan masing-masing,kerana terdapat bermacam bancuhan. Prepare the batter,any batter that u normally make for fritters.

Cucoq ikan sedap dicicah sos cili atau cili cuka yg.dibuat sendiri. Fish fritters delicious to be taken with chilly sauce or homemade vinaigrette chillies.
Resepi drp.arwah tok.(al-fatihah utk.nenda)