Buah, buah, cucur, Flora, Resipi

Sukun goreng

Adik beradik dengan nangka,cempedak,terap , namchem dan beberapa yang lain. Buah sukun serupa dengan nangka dan sedaranya yg lain dari rupa kulitnya (timbul2). Bezanya pula, ia tidak mempunyai ulas-ulas isi yg berbiji. Sukun yang digoreng rasanya gebu macam ubi pulak. ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﻟﻠﻪ Macam nangka, sukun  tak bermusim. Tu pun payah juga nak dapat sukun ni di tempat kami. Ramai yang suka makan buah ni,tapi takut ‘angin’

Cucur sukun:

Sediakan bancuhan tepung beras, garam secukup rasa, kapur makan dan air. Bancuhan jangan pekat, nanti tak rangup. Sekadar menyaluti buah sukun.

  • Kupas buah sukun.
  • Belah memanjang. Kemudian hiris memanjang atau pun melintang. Buang empulur.

  • Kepingan2 sukun direndam dalam air utk elakkan ia menjadi rona koko.
  • Sejatkan air bila hendak mengoreng.
  • Goreng dalam minyak yg bnyk dengan api sederhana dan sejat.
  • Sukun goreng sedap juga dicicah sos cili atau cili cuka.

             ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.