Flora, Resipi, Sambal, Sayur

Sambal tumis terung pipit

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

 

Ada sahabat angah bagi terung pipit.

ﺟﺰﺍﻙ ﺍﻟﻠﻪ ﺧﻴﺮﺍ ﻛﺜﻴﺮﺍ

Tengok terung pipit, teringat al-kisah along di kedai makan masakan kampung ketika dia masih remaja. Disangka sambal tumis kacang peas, cedok banyak la kawan pun. Bila nak makan, baru perasan terung pipit. Kureng la lajunya….. 😒

ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ

La ni (skrg) along dah suka sambal terung pipit.

Pokok terung pipit di belakang rumah.

Batang dan tangkai daun terung pipit berduri.

Tebuan tanah merupakan agen utama pedebungaan terung pipit yang kami perhatikan.

 

Terung pipit pun ada yang dikeringkan.

Sambal tumis terung pipit

Terung pipit ditanggalkan dari tangkai. Basuh bersih-bersih.

2 genggam ikan bilis diperisi dan cuci bersih.

  • 1 ~ 1.5 genggam cili kering. Potong pendek dan rebus hingga lembut. Mesin cili kering dengan 5 ulas bwg putih dan 1/2 biji bawang besar hingga lumat, jadi pes.
  • Panaskan minyak masak secukupnya dalam kuali dan tumis hingga garing pes cili.

Masukkan sedikit air asam jawa.

  • Masukkan ikan bilis dan air asam jawa.
  • Tambah air dan rebus hingga ikan bilis lembut dan keluar air manisan bilis ke dalam kuah.
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa.

  • Masukkan terung pipit dan 1 1/2 biji bwg besar. Tambah sedikit air dan masak hingga terung dan bawang lembut.
  • Terpulang jika nak kuah banyak atau pekat.

              ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ

Yang ni terung pipit pokok sendiri….kali ni gu dengan udang hidup. 😍

                           ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.