Flora, pokok, Resipi, Ulam

Pucuk Beluntas di belakang rumah

 

Mula2 kenal pokok ni semasa zaman kanak2, masa tu (arwah) mak dalam pantang. Ada seorang tok yg datang menungku mak. Dia bawa banyak daun ni hari2 utk dilapik/balut tungku. Saya tak tau nama daun ni ketika tu, dan saya pun (jenis pendiam), tak tanya pun kat tok tu nama pokok tu. Cuma saya cam(kenal) tang bau dia.

Bila dah berumahtangga, keluarga mentua pernah buat ulam daun ni. Masa tu baru saya tau yang daun ni ialah daun beluntas. Pokok beluntas banyak terdapat berdekatan kawasan2 paya bakau dan sungai.

Beberapa bulan yang lepas, adik minta cari pokok ni untuk ubat gout katanya. Kami pun ronda di kawasan2 sungai mencari beluntas ni. Alang2 dah jumpa, kami pun korek anak beluntas bawa balik. Mula tu tanam di tempat teduh, dia payah nak besar. Bila dah ubah ke tempat panas, baru tumbuh elok.

     ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ

Pucuk beluntas ni sedaap dibuat ulam.

Dah mula berbunga. The Indian marsh fleabane had started to bloom.

Bila cukup2 kering, bunga2 ni akan ditiup angin seperti bunga lalang dsb.

Berulam la untuk makan tengahari ni bersama budu kunyit (kali ni disediakan oleh en. suami).

    ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.