Buah, Flora

Buah salak dari Pahang

 

Di kesempatan memenuhi jemputan walimatul ‘urus di Pahang, kami berpeluang ke kebun buah salak (snake fruit) kakak pupu di Kpg Ulu Gali, Raub, Pahang.

Dok makan dah buah tapi tak pernah tengok pokok . Jenis pokok palma jugak rupanya.

Anak pokok buah salak,(salak palm) macam pokok kurma, kelapa sawit dan beberapa pokok2 palma yg lain. Batangnya berduri.

Ini pokok jantan. Kita boleh kenal dari cepu debunga (anther). Di sini terdapatnya debunga {benih jantan} utk persenyawaan buah salak.

cepu debunga , anther

Seperti pokok kurma, perdebungaan perlu dilakukan secara manual utk mendapat hasil yg cukup baik. Kebiasaannya perdebungaan secara alami (natural) dilakukan oleh lebah.

Pokok betina buah salak.

Kak Ngah menuai buah salak utk kami bawa pulang.

 ﺟﺰﺍﻙ ﺍﻟﻠﻪ ﺧﻴﺮﺍ ﻛﺜﻴﺮﺍ

Buah salak berduri tajam yg perlu di ‘basuh’.

Kulit buah salak bersisik, seakan kulit ular.


Petua kak ngah utk “basuh” buah salak.

Istilah “basuh” sebenarnya digunakan bagi tujuan membuang duri2 tajam tu.

Relaikan buah2 dari tangkai dan masukkan ke dalam penapis. Kemudian goncangkan buah2 tu seperti kita mengayak.

Ayak buah2 tu. Bulu2 tajam akan luruh dan keluar dari penapis atau terlekat pada penapis. Basuh dan sejat kering.

Buah salak yg siap di ‘basuh’. Disiram air dan disejat. Sedia utk dikupas dan dimakan…..😍😋

                ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ

Kulit buah salak seperti kulit ular.

ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﻟﻠﻪ

–♣–

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.