Arnab, Fauna

Reban arnab di belakang rumah

 

 

in the hutch

Sebagai hobi,kami memelihara arnab dari jenis Angora dan kacukan kampung dengan Angora. As a hobby,we  keep rabbits of the Angora type and hybrids of Angora and the local species as pets.

Arnab-arnab ni lebih gemar memakan pokok-pokok menjalar (spt.: selaput tunggul dan pegaga) bayam hutan dan rumput.Kalau stok habis,kami sulam dengan ‘pellet’.Bila makan ‘pellet’ baru air minuman mereka laku, sebab ‘pellet’ tu kering,manakala daun-daun hijau banyak air. Makanan lain yang mereka suka sangat ialah kelapa tua.Belah saja nyok tu,lepaih tu ketuk kecik-kecik sikit,bagi saja…yummy………Mereka ni suka juga daun mengkudu, daun belimbing segi dan pisang.Kami jarang bagi mereka kangkung sebab kangkung mengandungi getah yang boleh menyebabkan sakit perut. Seorang kawan pula yang tinggal di kawasan taman perumahan,payah mendapat bekalan tumbuhan liar,memberi arnab-arnab dia makan nasi lemak dan roti saja.Kalau nak bagi mereka sayuran dari pasar,kena la.. bersih betul-betul sebab sayur macam tu banyak disembur bahan kimia. Kami cuba bagi mereka makan daun cekur manis,’honolulu creeper’,daun pokok letup, kaduk …..yerk…..tak suka la………..tok wan.

Mikania micrantha

Makanan kegemaran arnab, pokok selaput tunggul.  Rabbits’ favourite.

 Anak-anak arnab yang berusia 1 hingga 2 minggu berukuran 7sm hingga 9sm.Menurut persatuan arnab Amerika (ARBA),ibu arnab(doe) menyusu anak-anaknya 2-3 kali pada waktu malam dan 2-3 kali pada siang hari.Itupun hanya 5 minit sekali menyusu.Tidak seperti ibu kucing yang menyusu anaknya setiap kali selepas ia makan dan lama pula waktu menyusu,adakala sehingga ibu dan anak-anak tertidur. Kami tak berkesempatan melihat ibu arnab menyusu anak-anaknya,sehinggalah anak-anak itu besar sedikit dan boleh sentiasa mengekori ibunya.Ketika itu baru kami kenal yang mana satu ibu mereka.

si Teh

Yang ni pulak si ibu arnab(doe) sedang bersantai. Nama dia Teh. Si Teh ni plak diasingkan sementara sebab suka membuli Si Poly yang baru ‘join’ family ni. Bila Poly luka-luka mulalah kami asingkan Teh ni. Poly tu si arnab mata merah –arnab ‘albino’ tempatan. Teh memang ‘samseng’ sikit.

Namanya Fawn

Namanya Bushy

 

2 Comments to “Reban arnab di belakang rumah”

    1. admin Author

      Assalamualaikum.Terima kasih krn sudi singgah d blog kami ini. Semoga zue & famili gembira n berlapang hati memiliki haiwan2 comey ciptaan Allah swt ini.

      Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.