Flora, pokok, Resipi, Ulam

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

Mula2 kenal pokok ni semasa zaman kanak2, masa tu (arwah) mak dalam pantang. Ada seorang tok yg datang menungku mak. Dia bawa banyak daun ni hari2 utk dilapik/balut tungku. Saya tak tau nama daun ni ketika tu, dan saya pun (jenis pendiam), tak tanya pun kat tok tu nama pokok tu. Cuma saya cam(kenal) tang bau dia.

Bila dah berumahtangga, keluarga mentua pernah buat ulam daun ni. Masa tu baru saya tau yang daun ni ialah daun beluntas. Pokok beluntas banyak terdapat berdekatan kawasan2 paya bakau dan sungai.

Beberapa bulan yang lepas, adik minta cari pokok ni untuk ubat gout katanya. Kami pun ronda di kawasan2 sungai mencari beluntas ni. Alang2 dah jumpa, kami pun korek anak beluntas bawa balik. Mula tu tanam di tempat teduh, dia payah nak besar. Bila dah ubah ke tempat panas, baru tumbuh elok.

     ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ

Pucuk beluntas ni sedaap dibuat ulam.

Dah mula berbunga. The Indian marsh fleabane had started to bloom.

Bila cukup2 kering, bunga2 ni akan ditiup angin seperti bunga lalang dsb.

Berulam la untuk makan tengahari ni bersama budu kunyit (kali ni disediakan oleh en. suami).

    ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ

Resipi, Sayur, Ulam

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

Kunyit hidup memang menjadi ulam kegemaran kami. Sedap sangat kalau campur dengan budu.Menjadi2 lah lagi bila dah baca artikel tentang kebaikan kunyit. Fresh turmeric has become one of our favourites and after reading an article of the benefits of turmeric, it motivates us more to consume this rhizome.

Bila dah cadang nak makan ulam, kita tambah dengan yang lain. With the intention of having salad for lunch,thereby it’s proper to have other items besides turmeric.

Jantung pisang.Subhanallah. Banana inflorescence or banana heart. Subhanallah.

  • Tanggalkan kelopak jantung selapis demi selapis. Remove the hard bracts one by one.
  • Buang kelopak jantung hingga ketemu bahagian yang lembut. Remove the bracts til we end up with the soft part of it.
  • Belah dua dan rebus dalam air yang dicampur sedikit garam hingga lembut.Ada orang makan mentah jantung pisang ni. Halve the banana heart and boil it in some water with some salt added to it. There’re people who can take this raw.

Sambal belacan. The chilly dip

  • Ikut suka nak guna cili padi saja atau dicampur cili besar dan cili padi. It’s up to us to use totally small chillies or a combination of big and small chillies.
  • Perah asam limau dan campur secubit garam.Tambah sedikit air jika suka. Squeeze 2 – 3 slices of lime and add a pinch of salt. Add a little water if preferred.
  • Belacan Indera Kayangan. Mai jauh…..langkau satu negeri. Baru pertama kali jumpa di kedai runcit.Langsai kat setengah papan.Half of this prawn paste was used.
Syzygium polyanthum

Pucuk salam. Shoots of Indonesian bay leaves.

Daun salam juga dikenali sebagai daun samak dan beberapa nama lain. The Indonesian bay leaves are also known by some other names locally.

Alhamdulillah….. boleh mamam dah. Alhamdulillah ….. it’s ready for lunch