makanan laut, Resipi, Sambal

Sambal tumis udang galah

 

Adik (pak ngah) telah bagi kami udang galah. جزاكَ اللَّه خيرًا كثيرًا

Boleh la untuk dimakan 6, 7 orang.

Udang dipotong bahagian depannya dan dibuang kantung lumpur.

 

  • 2 genggam cili kering dipotong kecil dan direbus hingga kembang.
  • Basuh cili dan mesin dengan secubit belacan (jika suka)
  • Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis 5 ulas bwg putih yg dicincang hingga kuning keemasan.
  • Masukkan cili mesin.
  • Biar cili betul2 masak dan wangi.
  • Masukkan hirisan 3 biji bwg besar.
  • Masukkan sedikit air asam jawa.
  • Teruskan masak hingga bwg besar menjadi lembut.
  • Masukkan sedikit gula.
  • Masukkan udang, tambah sedikit air jika perlukan kuah atau biarkan kuah yg berpalit saja.
sambal tumis udang galah

الحمد للَّه

 

 

Resipi, Sambal

Air asam

 

Di jamuan kenduri sering kali daging yg direbus dihidang berasingan bersama air asam.Hanya air daging diguna menanak nasi daging. (sesetengah org memasukkan daging ke dalam nasi yg ditanak) Terpulang.

Sediakan bahan2 yg diperlukan.

Kisarkan 1 st pes asam jawa (kalau yg suka masam, boleh lebihkan sedikit) dengan cili2 dan secubit belacan.

  • Di dalam mangkuk besar, masukkan 5 sb kerisik dan curahkan cili yg dikisar tadi. Kacau sebati. Masukkan garam secukup rasa.
  • Hiris nipis2 bawang besar dan tomato.
  • Gaulkan bwg dan tomato dengan bancuhan kerisik dan cili tadi.

الحمد للَّه